Sunday, August 28, 2011

Lawak KL Gangster

 Nih lah jadinya bila budak-budak terpengaruh dengan cerita KL Gangster..

jom layan..


Mak : Aiman ! Diam la . Adek tengah tido nie !

Aiman : lu kasi gua mati dulu lah baru gua diam !

Ayah : aiman ! Nie mak kamu tau tak !

Aiman : sekarang gua x kira lu ayah long ka , lu ayahda ka , ni tempat gua pegang !

Aiman : mainan ni abang punya lah , bak sini mainan abang !

Adik : abang x abang ! sape kacau aku pecah !

lawak tak, lawak tak? kalau tak lawak, buat-buat lawak ok! 

Thursday, August 25, 2011

Speed Trap


sempena nak balik kampung nih, kawe sedia sedikit info pasal speed trap, ambik kat syok.org . kalau dah tahu senang sikit tang mana nak pecut and tang mana nak slow kan.. tapi pape pun, pastikan anda pulang dengan selamat. igatlah orang tersayang. pesanan ikhlas ini dibawa khas oleh KAWENITHEBLOG.

KAWASAN SPEED TRAP~

Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
...3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
 
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
 
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Jangan Bersentuhan Lelaki & Perempuan Kata Si Anjing

Bismillahirrahmanirrahim.....

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!anak buangan



LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”

“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)


Wallahualam.....


kredit to : syok.org

Wednesday, August 24, 2011

Rooney dan Drogba


sedang kawe berehat-rehat menonton tv semalam.. tertiba ada sedutan di astro prima sebuah drama Rooney dan Drogba.. macam best jer!!! tapi serius best beb! sebabnya gandingan mantap JOZAN akan memainkan peranan masing-masing.. sama-sam kita tunggukan tayangannya.. kawe pon tak tahu bilo.. hehe.. tunggu je.. tapi rasanya sempena hari raya kot.. tak pe, jangan lupa tengok trailer dio kat astro k..

Facebook Telemovie Rooney dan Drogba like kepada sesapa yang nak menglike...

Tuesday, August 23, 2011

Malam Lailatul-Qadar



Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.


Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "
 
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. "
 
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
 
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: 

Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

kredit to : Jais

Sunday, August 21, 2011

Lawak Puasa

jom layan...

Wallpaper Ramadhan part 2

ini pulak wallpaper yang kedua sempena ramadhan nih untuk desktop opis kawe..
jom tengok, semak ke tak.


anda bagaimana?

Saturday, August 20, 2011

Zakat Fitrah


sudahkah anda menunaikan zakat fitrah.. pada masa kawe taip ini entry, kawe pon belum lagi menunaikan zakat fitrah.. kita hanya ada seminggu je lagi.. jangan pulak dilupakannya ok.. sempena nak bayar zakat fitrah tuu, kawe nok share sikit pasal waktu-waktu untuk bayar zakat fitrah.. jom tengok..

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

sumber : wikipedia

so anda dah bacakan.. so pandai-pandailah nak bayar bila.. tapi yang paling afdal ialah seperti yang tertera diatas.. tapi bagi kawe, pagi raya tuu maybe tak sempat kot...

anda bagaimana?

Friday, August 19, 2011

Lawak Sahur

Di suatu pagi buta (sahur daaa)...

Mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...

Alim : masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..''MAK BUAT HO..HO...HOLICK ERK ???..''

Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!..
 

Thursday, August 18, 2011

Wallpaper desktop kawe untuk bulan ramadhan ini!

inilah wallpaper desktop kawe khas untuk bulan yang mulia ini..
apa macam, power tak?


anda bagaimana?

Wednesday, August 17, 2011

Lagu wajid di bulan puasa

Semestinya anda semua ada lagu favorite yang selalu dengar ketika datangnya bulan Ramadhan..
kawe pon ada jugak lagu yang selalu di dengari ketika datangnya bulan puasa..
jadi disini kawe letak 2 lagu paling 'kuat' kawe dengar..

1


lirik:
Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...
#
Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

2


lirik:


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
anda bagaimana?

Sunday, August 14, 2011

Datuk Lee Chong Wei

Sempena kejohanan dunia yang sedang berlangsung dan akan menutup tirai hari ini.
ada pesanan khas kawe untuk Datuk Lee, kebanggaan kita semua.


NOW OR NEVER

Perkara sunat dan makruh ketika berpuasa

Mungkin yang dah tahu dan mungkin jugak yang buat-buat tak tahu..
Hari ni kawe nak cite sikit pasal mende makruh dan sunat ketika berpuasa..
jom kita imbas kembali..

Sunat:
1. berbuka dengan buah tamar atau benda-benda manis yang asli
2. mempercepatkan berbuka setelah masuk waktu dan melewatkan sahur
3. memperbanyakkan membaca al-Quran
4memberi sedekah
5.  mendirikan solat tarawikh berjemaah

Makruh:
1.  bercakap perkara buruk atau keji
2. membuang masa dengan sia-sia
3.berkumur dengan berlebih-lebihan
4.  melambat-lambatkan berbuka
5. gosok gigi selepas waktu zohor
6. berbekam
7. terlalu kerap mandi



Thursday, August 4, 2011

Harimau Muda daa..

Harimau Muda dah pandai berlakon daa..
iklan 100 PLUS sempena ramadan ini..
terbaeklah.


Panas! Trailer KL Gangster 2

jom layan trailer cite KL Gangster yang bertajuk iKLan Gangster.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang