Wednesday, June 29, 2011

Saksikan Malaysia vs Taiwan

Kepada yang betul-betul penchenta bolasepak Malaysia, anda diminta datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam nih untuk membuktikan kecintaan kepada Malaysia. ayuh! buktikan malam nih. penuhi segenap stadium macam mana penyokong Kelantan yang sentiasa memenuhi stadium. yeah!!!

jangan lupa juga sama-sama kita nyanyikan lagu Inilah Barisan Kita di dalam stadium malam ni dan juga ketika pasukan kita memperolehi gol. kepada yang lupa atau tak tahu liriknya, boleh refer sini . Tapi mustahil ado yang leh lupa lagu nih sebabnya lagu nih dah sebati dengan kita. yak dak. Pastinya suasana yang lagi hebat dan dahsyat dapat kita saksikan malam nih. yeah!
23 pemain yang telah terpilih :

Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Alawi, Nasril

Pertahanan 
 Mohd Aidil Zafuan, Muslim Ahmad, Fadhli, Mahalli Jasuli, Helmi Rameli, Asraruddin, Farisham Ismail

Tengah
  S Kunanlan, Shakir Shaari, Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Asaari Samsudin, Amar Rohidan, Amirul Hadi, K Gurusamy, S Chanturu

Penyerang
 Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Hadi Yahaya

walaubagaimanapun, senarai kesebelasan utama masih belum ditentukan lagi oleh King Raja. 
sama-sama kita nantikan line-up malam nih.

Gomo Malaysia Gomo!!!

adakah anda tahu siapa ROGERIO CENI??


Mesti ramai yang garu kepala bila kawe buat entry ini.. sebenarnya kawe pon tak kenal mana dengan mamat nih.. semuanya bermula apabila kawe tengok sukan di Buletin Utama.


mamat nih boleh dikategorikan awesome lah.
kenapa lak awesome?
mesti terpinga-pinga kan
jom baca kat sini
kawe malas nak taip panjang-panjang. hehe

>PROFIL
NAMA PENUH: Rogerio Mucke Ceni
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1973
TEMPAT LAHIR: Pato Branco, Brazil
TINGGI: 1.88 meter
POSISI: Penjaga gol
KELAB SEMASA: Sao Paulo
NOMBOR JERSI: 1
KARIER REMAJA:
* 1987-1989 Sinop
* 1990-1993 Sao Paulo
KARIER SENIOR:
* 1992-kini Sao Paulo (941 perlawanana, 100 gol)
PASUKAN KEBANGSAAN:
* 1997-2006 Brazil (17 perlawanan)

kredit to myMetro

Tuesday, June 28, 2011

THE RED WARRIORS CLUB

selepas baca dari Portal Rasmi KAFA
apa yang dapat kawe ungkapkan disini, bolasepak Kelantan bakal mencipta sejarah lagi.
yelah, sebelum ini mana ada idea macam nih dibuat kat mana-mana kelab negeri.
hanyalah di negeri Kelantan jer. serius, kawe berasa bangga sebagai anak jati Kelantan.
apakah idea nyer? adakah saudara tahu?
kalau sudah melayari portal rasmi KAFA sudah pasti anda semua tahu apa yang saya bicarakan ini.

idea ini datang dari Ketua Pegawai Eksekutif MSL Mr. Stuart Ramalingam
yang mana beliau melihat penyokong Kelantan nih sentiasa memenuhi stadium dan sangat aktif!
penyokong mana yang dapat menyaingi kehebatan penyokong Kelantan.
bayangkan sejak Kelantan melayakkan diri dipentas akhir sekitar tahun 2009 hingga kini, kompem satu negeri akan berkumpul dan sanggup datang dari jauh ke bukit jalil semata-mata hendak menyokong pasukan kesayangan mereka.
dan disebabkan itulah penyokong Kelantan telah dilabelkan sebagai  
Penyokong Paling Bernilai.
Tahniah.. Tahniah.. Tahniah..
buat semua penyokong setia THE RED WARRIORS.


idea nyer ialah dengan menggabungkan semua kelab-kelab penyokong bolasepak Kelantan bergabung menjadi "THE RED WARRIORS CLUB"
bayangkan kalau satu stadium ado rentak dan irama yang sekata macam kita tengok di kelab-kelab luar negara macam Manchester United, Real Madrid dan lain-lain pasti gempak bukan.
dan pastinya juga buat pihak lawan gerun nak bertemu dengan Kelantan.
 semestinya satu atmospera yang dahsyat juga berlaku bukan.

akhir kata, sama-sama kita nantikan mende ini menjadi satu kenyataan.

Friday, June 24, 2011

INILAH BARISAN KITA


INILAH BARISN KITA.
lagu ini yang berkumandang di stadium Bukit Jalil semalam.
berdiri bulu romo den bila satu stadium nyanyi.
satu atmospera yang sangat luar biasa dan dahsyat.
ok, kepada yang dah lupa lirik dio, disini kawe sediakan.
hafal dan jumpa lagi rabu depan.
kita akan bersama-sama dengan skuad senior pulak.

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

kredit to1liriklagu

Thursday, June 23, 2011

Line up Real Madrid


nih dia line up Real Madrid untuk game besar-besar.
formasi yang mungkin digunakan ialah 4-3-3.
kita tunggu musim depan macam ner, tengok leh makan ke x itu Barcelona.

Tuesday, June 21, 2011

KL Gangster dapat pujian

KL Gangster dapat pujian ler.. ce teka dari siapa.
tak lain tak bukan Datuk Seri Rais Yatim. baca nih.


ek ekleh, baru nak puji ke, kawe dah lama puji movie nih, xcaya baca entry nih.
dan dengar khabar filem nih mencipta sejarah lagi yaitu dapat kutipan lebih RM11 juta.
makin kaya ler abam Shamsul kita dan makin lebar la senyumannya.
Tahniah bro. teruskan buat filem yang berkualiti lagi.
make sure, filem baru akan lebih diperincikan dan banyak improvementnya.
sebabnya walaupun KL Gangster best and terbaek, namun masih ado yang xbestnya.
kompem lepas nih kawe xsabar nok tunggu buah tangga terbaru daripada Shamsul Yusof.

Friday, June 17, 2011

MYVI BARU.

 
Siapa yang dah menengok dan ushar-ushar kereta keluaran terbaru PERODUA, Myvi Baru.
kawe baru jer ushar pagi tadi. pada pandangan kawe, keta nih cantik dan awesome tapi gak harga dia of course lah lagi cantik bukan. so sapa-sapa yang ada duit banyak leh la beli. kawe hanya mampu tengok dari kejauhan jer. sob sob. anyway kalau ado yang baek hati nak bagi MYVI ELENGANCE kawe ON jer! haha.

kalau nak tahu lebih info sila ke PERODUA

lagi gambar Myvi baru nih.


amacam, apa komen anda? nak beli atau camner?

Spesel untuk semua

hari nih kawe xnak cakap panjang. tengok jer gambar terbaek daripada 0ren Kecik



amacam, ok x gambar dari abam oren kecik nih. terbaek kan.
teruskan menghasilkan gambar-gambar edit yang berkualiti tinggi nih bro.

lagi gambar yang terbaek jugak.





yang nih memang terbaek dan fanatik punyer peminat. tabik spring sama ini bro. 


















apa nak dikatakan lagi, sesungguhnya THE RED WARRIORS sudah menjadi fenomena seluruh rakyat KELANTAN. ado yang suka , x kira jugak ado yang membenci. itu lumrah.

KL GANGSTER


Siapa yang rasa dirinya gedebe ataupun gangster. Kalau anda terdiri daripada golongan tersebut, maka anda sememangnya dan sepatutnya menonton KL GANGSTER.

Ternyata buah tangan terbaru daripada anak Datuk Yusof Haslam, Shamsul Yusof menjadi giler dan telah mencipta sejarah. yelah, hari pertama sudah dapat 1.5 juta mengatasi filem Kongsi yang hebat sangat tuu, haha. banyak masyuklah itu abam Shamsul. dan terbaru dalam masa 4 hari sudah mencecah 6.2 juta. Dia memang patut berasa bangga dengan pencapaian ini kerana dia buat cerita bukan untuk syok sendiri atau sekadar nak mengaut keuntungan sahaja. WELLDONE!

petikan daripada facebook Shamsul.
“Siapa kata filem kita tidak mampu pergi jauh? Kutipan hari keempat KL Gangster sudah mencecah RM6.2 juta. Terima kasih buat semua ! Jutaan syukur. Kejayaan ini untuk semua penggiat seni tempatan. Dan untuk semua rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura. “Saya sayangkan anda semua!! Anda semua adalah inspirasi saya. “Ini bukti rakyat kita dahagakan karya anak-anak tempatan dan mampu memberi sokongan 100 peratus pada industri. Dengan penuh  rasa rendah diri, aku bersyukur dan berterima kasih pada tuhan dan kalian. Alhamdulillah."
Pada pemerhatian kawe, Shamsul nih jenis yang suka buat kerja bersungguh-sungguh dan berani mencuba mende-mende baru. Tahniah bro, you make me proud! teruskan berkarya dengan karya yang berkualiti tinggi. One day, Shamsul akan menjadi pengarah yang berkaliber. percayalah kawe royak nih.

bagi yang nak tahu senarai penuh filem cereka tahun 2011, sila layari laman web Finas.

dialog yang cambest dalam filem nih.
Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam
Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial  
Wa bukan takut MATI tapi Wa taknak MATi
Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang
Jangan sampai gua kerat lu 18, baru lu taw erti penyesalan" 
Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu
Ehh siaal laah~ puiih!
Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori

kredit to Ujang    

ado dialog yang kelakar habis dan ado yang macam stylo habis.
so pada yang belum tengok, seharusnya tengok filem yang berkualiti ini. dan bagi kawe, rasa tak puas tengok skali filem nih. mau tengok lagi, tiada penyesalan. 

ni dia ABANG LONG DIL yang menceriakan suasana, haha. terbaeklah!
 

Tuesday, June 14, 2011

Review Final Piala FA

Assalamualaikum..

Hari ini kawe berasa nak update belog kawe tapi pasal pe? Ce teka ce teka..

Entry kali ini yang boleh dikatakan entry sedih plus pedih. Seperti yang semua sudah maklum, Kelantan tewas kepada Terengganu dalam perebutan Piala FA.

Ok, kalau dah menang tuu menang la kan. Tapi apa yang xbest kali nih ialah, cara yang dimenangi Terengganu lain macam sikit.

Apa yang lain macam tuu. Semua tergaru-garu bukan, haha. Yang lain macam ialah, disaat Kelantan  hendak memperolehi kemenangan mutlak, tertiba dirobek oleh gol sendiri. Lain macam bukan. Bayangkan semua penyokong dah merasakan kemenangan berpihak kepada Kelantan tapi itulah, selagi belum tamat masa, apa-apa pun boleh berlaku. Bak kata pepatah, Bulat itu bola. Betul ke?


Serius, kawe masa nih dah rasa sangat keciwa dan of course, pemain lagilah down diorang punyer mental.  Dan gol sendiri telah  dijaringkan oleh saudara Daudsu. Serius kawe cakap, kawe langsung xsalahkan Daudsu. Tapi masa dalam stadium tuu memang kawe rasa Daudsu makan duit haram. Tapi bila tengok balik jaringan itu sememangnya bukan dia sengaja. For me, DAUDSU is still the best defender!

Inilah bola sepak. kadang –kala ianya sangat kejam untuk diterima akal kita dan sangat pahit untuk ditelan.
Namun bagi kawe, semua ini menguatkan lagi semangat kawe untuk terus menyokong dan berdiri teguh dibelakang THE RED WARRIORS, gelaran yang terbaek untuk Kelantan. Anda baganimana?
Kalau dah tiada luck tuu, buat macam mana pun akan kalah jugak. So kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan, sokonglah pasukan bolasepak anda disaat jatuh bangun pasukan kita. Disaat inilah kita sama, memberi full support kepada semua player Kelantan. Sesungguhnya THE RED WARRIORS mempunyai penyokong yang terbaek dan fanatik. Dan mende ini tiada dinegeri lain, hanya di Kelantan sahaja. Ini kerana Kelantan main je di mana-mana, tak penuh, separuh pun penyokong Kelantan tetap ada. Secara tidak langsung iannya memberi sinar cahaya dan nafas untuk  bolasepak Malaysia.

Kekalahan Kelantan jugak memberi impak yang sangat besar. Sampaikan yang tak minat bola sepak langsung ataupun xtahu pa-pa pasal undang-undang bola sepak sibuk je nak bikin panas kawe.  Haha.  Tapi apa yang xbest, ado yang cakap-cakap sumbat kawe dengar kat pejabat tadi. Mende ini berlaku di tempat kerja kawe, semua duk memerli kawe dan ada jugak yang ada darah Kelantan tapi langsung tak ngaku Kelantan dan melabelkan penyokong Kelantan poyo. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa tentang bolasepak, bila Kelantan kalah baru nak bising. Orang macam nih baik di lupuskan sahaja, haha. Dan tuduh kawe bangga sangat dengan team Kelantan, well of course kawe bangga, sapa tak banggan tengok negeri kelahrirannya menjadi salah satu kuasa baru bola sepak Malaysia. Dan kawe memang minat sangat tentang bolasepak, tak kiralah time menang atau kalah.


Semoga THE RED WARRIORS will be the best team in the world. Opps! World nampak macam melampau sangat, cukuplah sekadar di Malaysia dulu.

Yang penting, HANYA SATU TEAM YANG ADA DIDADA KAWE, THE RED WARRIORS. SELAMANYA..
Tan Sri Annuar Musa
"SAYA tdk bina Trw dr keagungan Dan KEJAYAAN.kita bina Trw dr kegagalan.kegagalanlah yg membakar semangat juang kita Selama ini.Kita sedar ada yg hnya mahu berpesta atas kejayaan semata2 Tp tak mahu berkorban utk mbina kejayaan.itu lumrah.KEJAYAAN TIADA PENGHUJUNGNYA..SEKALI GAGAL SERATUS KALI KITA BERUSAHA..itulah resipi kita.parlahan2 kita menjadi JAGUH Asia.Trw akan terus menggegar dunia bola"

Wednesday, June 8, 2011

Fakta menarik perlawanan Terengganu lwn Kelantan

Pertama sekali, syukur ke-hadrat illahi, kerana The Red Warriors memperolehi kemenangan semalam. dan pastinya semua mengetahui Kelantan menang dengan 3 gol tanpa balas langsung. hebat, hebat. 3 gol hasil jaringan Izuan Solahuddin, 2 dua gol dari penyerang terbaek buat masa ini yaitu Norshahrul Idlan Talaha.

Fakta menarik!

1. Pertama kali tengok ada orang baiki jaring siap bawak parang dan tangga.


2. Corner Flag pulok keno ganti hok lain sebabnya hok sedia ada rosak sebab disepak oleh izuan tak silap kawe.


3. Penjaga gol kebangsaan, Sarbinee tertakcle member sendiri, agak kuat jugak. kalau shahrul yang kena mau terlepas aksi final nanti. ganah betul sarbinee nih.


3. Totally awesome from NORSHAHRUL IDLAN TALAHA. rilex je score dua bijik.


4. Sang penyu hanya dapat makan telur je.


5. Dua gol dari Matyo merampas kembali selaku penjaring terbanyak. Mudah-mudahan Matyo mendapat kasut emas. Yeah!!!

ok dok, kalu matyo leh kasut emas nih, haha

kawe raso cukup untuk setakat nih sahaja deh. apa yang boleh kawe cakap di sini, Kelantan memang patut menang game malam tadi.

dengan kemenangan ini, dua mende yang bermain di fikiran kawe iaitu ;
1. menaikkan moral para pemain kelantan untuk Final Piala FA.
2. takut overconfidence bila lawan balik dengan Terengganu nanti.

mintak-mintak yang no. 2 tuu x menjadi kenyataan.

p/s- sek kito jangan riak dan takbur dan sambutlah dalam keadaan sederhana bak kata presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

jumpa di bukit jalil belaka. tiket xdok lagi nih.

Monday, June 6, 2011

UPDATE?


most of the time kawe update blog bilo bosan ditempat kerja. haha
bunyi macam kawe nih xdok kerja mana kan.
but its truelah, nak buat macam mana.
so no wonder girls lah kawe nih cam rajin jer update blog.
kalu duk kat kampung nih, den malas doh nok update blog nih.
n kawe main blog nih bukan nk kejar pape pon, just suke-suki nak share pe yang terlintas di fikiran.
at the beginning dulu, nak wat blog sbb nak dapat duit cam my bro yang dh dapat beribu-ribu lemon duit but susah ler nak jadi macam dia. huhu..
bukan bermakna gua mudah putus asa tapi...
no komen. wakakah..

anda bagaimana?

nih bosan ke membuta jer keja.

i luv islam


mungkin ramai yang sudah mengenali ataupun belum mengenai iluvislam punyer blog.
well. kat sini kawe nak suggest blog iluvislam is very good to bacalah.
baek untuk tatapan rohani. blog nih gak buat kawe berfikir dan i like it.
-discover the beauty of islam-
selamat membaca.




Friday, June 3, 2011

Never Say No to Panda, OK!

pe pendapat anda bila tengok video kat bawah nih.
kelakar atau menakutkan.


Top 10 Gol terbaek Piala Dunia 2010

moh kito imbasan kembali Top 10 gol terbaek Piala Dunia
mungkin kita semua sudah melupainyakan.
jom layan.


iPad 2, nak x?


siapa nak iPad 2?
sila angkat tangan tinggi2.
kalau nak beli sendiri nyer. haha

Harga iPad 2 serata dunia

Ada masalah dengan PC anda, sila baca entry nih!

yup! kepada yang ada masalah berkaitan PC anda.
bolehlah tengok gambar kat bawah nih yer..

amacam, ok x? kol 1880-03-TIKUS

Thursday, June 2, 2011

TV Al-Hijrah di Astro

Logo TV Al-Hijrah

saksikan TV Al-Hijrah di Astro Channel 114.
salah satu tv yang berunsurkan islamik dan kawe amat meminatinya.
jom ramai-ramai jadi peminat dan penonton setia TV Al-Hijrah.
tapi sebelum tu, adakah anda tahu bila Al-Hirah diserah masuk?
kalau belum, TV Al-Hijrah diserah masuk ke Astro pada 1 Jun 2011 yaitu semalam pada entry ini ditulis.

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang