Sunday, May 27, 2012

Versus

Versus merupakan rancangan yang disiarkan terus di TV9 setiap hari jumaat.. berlangsungnya di Space U8, TTDI Jaya, Shah Alam.. oleh kerana tempatnya tidak jauh dari umah kawe, sempat lah dua kali kawe pergi tengok secara depan mata.. 

setiap orang pasti mempunyai band kesayangan kan.. tapi sebelum tuu, kawe tak cerita lah rancangan bentuk apa itu Versus nih.. haha.. kepada yang nak tahu lanjut, silap lah google.. malas kawe nok taip panjang-panjaang...


jeng jeng jeng... band feveret kawe semestinya BLACK N PARALLAX.. anda bagaimana pulak.. yang mengeciwakan kawe ialah dua kali kawe p tengok dua kali tuu jugak diorang tak masuk battle.. kawe pelik dengan para pendengar dan pengundi semua, kepada tidak undi diorang.. padahal diorang punyer persembahan meme padu dan juga sangat kejam.. bak kato Faizal Tahir, buka mata, buka minda dan undilah mereka.. kawe cakap gni bukan sebab kawe minat diorang.. tapi sebab diorang meme hebat.. dah terbukti pon.. kamon semua, minggu depan episod akhir.. semua mesti undi BLACK N PARALLAX.. yeahh!!! kalau diorang menang, kena bagi sikit kat kawe sebab kawe telah promote.. haha..

akhir kata, undilah berdasarkan kekreatifviti bukan populariti.

Wednesday, May 16, 2012

‎20 PERKARA 'JANGAN'





1. Jangan sengaja lewatkan solat.
2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
16. Jangan banyak ketawa.
17. Jangan biasakan berbohong.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

kalau diikutkan 20 perkara jangan nih banyak jugak terkena kat kawe.. anda bagaimana.. sama-samalah kito berubah..

semoga entry nih dapat menjadi titik tolak kepada perubahan kita ke arah yang lebih baik, AMIN...

Friday, May 11, 2012

Idam Samsung Galaxy S Advance

tetiba lak terasa nak membeli handphone nih tak semena-mena.. nih sebab kawe p One Utama aritu.. saja jejalan dan kawe pon singgah la kejap kat kedai Samsung.. mencuba godek-godek la mana-mana handphone dengan niat suka-suka la.. tapi kawe tertarik plak dengan S Advance nih.. mende yang paling kawe minat ialah bentuk dio melengkung (curve) dan skrin Super AMOLED.. handphone nih betul-betul menarik hati laa.. itulah kisahnya..


harga lak tak la mahal sangat.. sekarang ni harga RM1299.. menggunakan pemprosesan dual-core.. bagi kawe nih dah cukup power dalam kelasnya.. pada yang terasa nak beli tuu, rasanya ini pembelian yang berbaloi.. dan kepada yang dah beli sila la bagi komen sikit...

Thursday, May 10, 2012

Golongan yang menzalimi diri sendiri

sama-sama kita muhasabah di malam hari.. semoga mendapat sedikit ilmu.. layan je gambar di bawah ini ok.. semoga kita tidak tergolongan di kalangan golongan tersebut... amin..


Tuesday, May 8, 2012

Doa Tidur

Salam kepada semua... jom kita beramai-ramai baca doa sebelum tidur.. kepada yang dah tahu tuu buat-buat tidak tahu sudah.. hihi..


Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan dengan namaMu aku mati

Senangkan dan ringkas tapi padat.. sama-sama kita amalkan.. selamat malam..

Saturday, May 5, 2012

Samsung Galaxy SIII

semua orang sudah ketahui yang Samsung Galaxy SIII telah dilancarkan di London baru-baru ini.. jadi, apa pendapat kalian tentang handphone terbaru ini? bagi kawe, boleh tahan jugak dengan design terbaru ini.. kejayaan Samsung Galaxy SII telah membuatkan Samsung kini telah diminati ramai termasuk kawe.. 


tapi untuk pasaran Malaysia rasanya berkemungkinan pada bulan Jun ini.. pepapun sama-sama kita tunggu bila ianya akan berada di pasaran Malaysia.. semasa di lancarkan di London, harga tidak pula diberitahu.. jadi kemungkinan harga mesti RM2k++ kot.. 

berskrinkan 4.8 HD Super AMOLED pastinya memberikan kejituan yang memuaskan.. SIII juga dikuasakan dengan Android 4.0 ( Ice Cream Sandwich)..

Pasal kamera lak, difahamkan kamera utama hanyalah 8 megapixel iaitu sama dengan SII.. disini kita dapat lihat tiada peningkatan dari segi  megapixel... manakala kamera kedua pula ialah 1.9 megapixel iaitu lebih rendah sedikit berbanding SII yang bermegapixel 2.0.. apa komen anda?

Pasal pemprosesan pula, Samsung menggunakan pemprosesan yang terbaru iaitu pemprosesan empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. tidak pasti mutu persembahan pemprosesan terbaru ini.. nanti bila kawe dah beli nanti, kawe akan bagi feedback.. haha.. banyaklah nak belinya..

ok, kalau mahu lebih terperinci anda bolehlah ke laman web berikut yang setiasa menjadi rujukan kawe yaitu Gsmarena dan juga mobile88.

ok, sampai sini saja coretan kawe.. assalamualaikum.. semoga terhibur dan mendapat sedikit ilmu...

rujukan: Malayandroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang