Wednesday, November 30, 2011

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011


Kepada yang masih belum tahu, jom saksikan. Tahniah kepada pemenang. Di situ kelihatan Apex menerima dua anugerah penjaga gol terbaek buat kali kedua dan juga penyerang terbaek untuk Mat Yo. Tahniah Matyo dapat anugerah yang julung kali diadakan iaitu Anugerah SUPERMOKH! Tahniah! Tahniah! Tahniah! teruskan kekalkan prestasi kalian.



Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
Pertahanan Terbaik: Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (SELANGOR)
Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
Pemain Harapan Terbaik: Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)
Pemain Paling Bernilai SUPERMOKH: Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
Kelab Terbaik: Selangor PKNS
FA Terbaik: Selangor FA
sumber: kelate.net

Kursus SPS

Hari itu kawe dapat pergi kursus SPS. Kawe antara insan yang terpilih dapat p sana.. haha.. Kursusnya kat Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka selama 3 hari. Hotel nih baru dirasmikan pada 11.11.11 oleh Agong.. Mulanya keberatan nak p sebabnya time kursus ado perlawanan persahabatan antara TRW dgn Maldives tapi terpaksa korbankan. Papepon banyak ilmu yang dapat. Untuk tatapan semua jom tengok gambar dibawah, cek kit daout...

Pandangan dari bilik kawe
nelayan

sejuk mata memandang

damai
Nampak x bangunan tuu, tu la Hotel Pantai Puteri
A' Famosa yang famos
suasana depan A' Famosa
Jalan-jalan Melaka jap
 itu saja.


Wednesday, November 23, 2011

Syabas HARIMAU MUDA

Semua sudah tahu HARIMAU MUDA telah berjaya mendapatkan bapak segala pingat emas dan berjaya juga kekal juara bertahan. SANGAT BANGGA woo!!! Tak Mau cakap banyak, jom layan gambar je sebab disebalik gambar tersembunyi 1001 cerita.

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH!!!

RESPEK SAMA YOU BRO!

TANGAN POWER APEX NIH!

PEMAIN YANG BERBAKAT BESAR.

P/S: JUMPA DI STADIUM BUKIT JALIL MALAM NIH OK!!! 
AYUH PENUHI STADIUM TANDA SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAGI TERHADAP HARIMAU MUDA.

Monday, November 14, 2011

Selamatkan Komputer Dari Wabak Virus


Jom kita tengok cara-cara untuk memastikan komputer kita dijauhi anasir-anasir virus yang akan menyusahkan dikemudian hari. cek kit daout.

1. Install anti-virus software - Perkara yang paling utama anda lakukan ialah selepas memiliki komputer anda ialah dengan menginstall anti-virus software. Terdapat pelbagai anti-virus yang percuma ataupun berbayar seperti Karpersky, Nod32, Avira dan lain-lain lagi. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

2. Install anti-spyware dan juga anti-malware - Step kedua, anda juga perlu menginstall anti-spyware dan anti-malware. Walau bagus macam mana pun anti-virus, kekadang anda memerlukan software ini. Software yang bagus seperti Spybot Search and Destroy and CCleaner. Anda boleh download di filehippo.com


3. Elakkan website yang diragui - Anti-virus yang bagus biasanya akan memberi amaran jika kita buka sesuatu website yang mengandungi virus. Tetapi jika tiada maran diterima, website yang biasanya tidak biasa kita lihat dan berunsur lucah kebanyakkan mempunyai virus. So pandai-pandailah.


4. Setkan automatic scan - Dengan cara ini juga dapat memastikan komputer anda akan sentiasa bebas wabak virus.


5. Updates - Step terakhir, sentiasalah anda rajin-rajin mengupdates anti-virus dan juga anti-spyware anda. Kalau tak updates bimbang ada virus baru yang tak dapat didetect oleh anti-virus anda. Anda juga dinasihatkan mengupdate windows.


untuk lebih info sila ke : TechToGeekz

Friday, November 4, 2011

Khairul Fahmi mahukan kritikan membina

Our Hero

Semua sedia maklum isu gambar kontroversi Apek telah menjadi kecoh dan telah ditegur oleh Mufti Kelantan. Apek kali nih tampil dengan kenyataan terbaru. Cek kit daout.

"Tapi bagilah kritikan membina: Khairul Fahmi
KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.
“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.
“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.
Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.
Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.
“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini."

kredit to: kelate.net


Ya! jom ramai-ramai kita support Apex aka Hero Harimau Malaya nih. Semoga dia menjadi tangkas bak Harimau Malaya di Sukan Sea 2011 ini.. Semoga kontroversi nih membuatkan Apek menjadi lagi matang dan makin power di kejohanan tersebut. Yeah!!!

Thursday, November 3, 2011

Khairul Fahmi Che Mat dah kena tegur


 Tak pasal-pasal Khairul Fahmi Che Mat kena tegur dengan Mufti Kelantan. Pe nak jadi dengan Apek nih.. Lu bukan Apek = cina punya ore yang boleh pergi tempat-tempat yang penuh dengan arak or minum bro. Walaupun lu dah menafikan akan tetapi orang still sangsi sama lu. Lu dah jadi role model dan jugak idola kepada anak-anak muda sekarang nih. Mungkin ini kesilapan Apex, so lepas mintak lebih berhati-hati dan berubah la sikap tu kalau nak orang ramai sanjung dan respek sama lu. Kawe nih pon peminat lu tapi bila jadi macam nih makin lama makin kureng 'kerespekan' kawe kat lu. Dulu elok-elok tunang dengan elia, ko gedik nak cari yang seksi meksi nih. Ingat Apek, duniawi je semua tu. Sedap tul kawe duk menasihat Apex. haha. Nasihat ini jugak untuk diri kawe dan jugak untuk orang yang sudi baca blog ini. kat bawah nih petikan dimana Apek ditegur oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed. cek kit daout.

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.




Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. 

kredit to: myMetro 
artikel sebelum nih : tekan sini

so Apex, hope lepas nih tiada lagi kontroversi yang bisa menganggu gugat karier dan jugak pretasi  sebagai penjaga gol terulung negara. Yeah!

Wednesday, November 2, 2011

Khairul Fahmi Che Mat jawab pasal isu gambar









sudahkan anda melihat gambar seperti diatas. Kalau belum anda anda semua meme ketinggalan zaman la.. sangat menyedihkan. Ya. meme gambar nih telah mencetuskan isu hangat kepada Apex aka keeper hebat THE RED WARRIORS dan jugak wira HARIMAU MALAYA. Dibawah nih, Apex mempenjelaskan serba sedikit pasal isu gambar tersebut. cek kit daout!


KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.
Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.
“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.
“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar,” katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.
Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.
“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar,” katanya.
Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.
“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.
Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi),” katanya.
Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia.

kredit to: kelate.net

so macam ner. nak percaya ke tak? hanya Allah sahaja yang tahu. Apex oh Apex. Jauhi la tempat-tempat macam tuu.. Pesanan ikhlas daripada Kawe yang sangat prihatin terhadap player-player THE RED WARRIORS!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang