Friday, December 24, 2010

ULTRAS MALAYA



adakah anda mengetahui apa itu ULTRAS MALAYA? ULTRAS MALAYA (UM) sebenarnya dah lama wujud.. namun akhir-akhir nih jer UM menjadi sebutan dikalangan peminat-peminat bola tempatan.. ini semua angkara Piala AFF Suzuki... ketika Malaysia vs Vietnam di peringkat separuh akhir pertama di Bukit Jalil, kelihatan di suatu sudut telah menarik perhatian semua pihak dan keadaan suasana didalam stadium sangatlah meriah dan dahsyat.. Seriusly, kawe sebelum nih pun tak pernah tahu akan ULTRAS MALAYA nih.. tapi selepas tengok perlawanan menentang Vietnam tempoh hari, dimana stadium dipenuhi flare dan nyanyi yang tak henti-henti buat kawe tertarik untuk mengetahui penyokong apakah itu.. Sememangnya UM telah membangkitkan semangat juang pasukan dan mempamerkan aksi yg begitu hebat sehingga berjaya mengalahkan Vietnam 2-0..
Sekali lagi UM akan beraksi setelah pasukan Malaysia telah berjaya melangkah ke peringkat akhir menentang Indonesia.. kawe percaya mesti semakin ramai penyokong UM nih dan semakin padulah sokongan utk pasukan kita, MALAYSIA.. Hope pasukan dapat mengatasi indonesia dengan jaringan gol yang besar cam 5-0.. itu semua tak mustahil..
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
dekat bawah nih kawe selitkan sedikit sejarah ULTRAS nih.. selamat mendapat ilmu..
Ultras adalah sekumpulan atau community penyokong fanatik dalam sesuatu jenis sukan. Lazimnya, kumpulan ultras terdiri daripada sebahagian besar pengikut bola sepak Eropah. Identity dan kecenderungan kumpulan ultras boleh dilihat dari segi pengunaan suar (flare) terutamanya dalam koreografi Tifo, sokongan vocal yang kuat dalam kelompok yang ramai, dan sentiasa mempamerkan serta mengantung banner yang mengandungi mesej-mesej tertentu di stadium. Perilaku ini khususnya untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pada pasukan mereka dan juga untuk menghadirkan rasa gerun pada pemain lain dan juga penyokong lawan.
Di Eropah dan juga Amerika Latin amnya, perilaku kumpulan ultras ini adakalanya terlalu ekstrim dan kadang-kadang dipengaruhi oleh ideology politik atau perkauman. Dalam beberapa kes, sokongan terhadap pasukan yang disokong hanyalah bersifat sokongan sampingan di sebalik tujuan sebenar pergerakkan ultras tersebut. Pada dekad kebelakangan ini, budaya ultras ini telah menjadi titik tolak bagi gerakan menentang komersialisasi sukan khususnya dalam sukan bola sepak. Istilah “Ultras” berasal dari bahasa Latin “Ultra” yang bermaksud di luar, yakni yang menjurus keghaiharan dan semangat diluar norma (Dictionary.com, 2010)
sumber : ultrasmalaya.net
jom layan sedikit gambar ULTRAS MALAYA nih!!!


ni time Malaysia vs Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 di
Stadium Bukit Jalil.

Fobia

F O B I A ??? apo itu fobia.. kepada sesapa yg tidak tahu n ingin tahu apo itu sila tayo Uncle Google k, pak cik sgt teror meror, tayo la pape kompem dio leh jwb nye dlm sekelip mata..

Semalam semasa mendapat panggilan drpd ayah tersyg suh atar ic/kad pengenalan ibu, kawe terus bergegas ke Hospital Kuala Krai bersamo ifzah, badrul amin n anok sedaro, insyirah.. Keadaan nmpak mcm tegang bila sampai disana.. Lepas bg ic, trus je ambulan 2 pergi.. yg buat kawe raso fobia ialah last kawe dpt tgk my ma d rumah ialah d dlm ambulan, time tuu my ma kena di hantar ke Hospital Kuala Krai.. Kawe ingt lagi saat2 itu.. Riak wajah n senyumannya.. etah kenapa maso 2 kawe raso macam xnk tgk mnde lain, kawe hanya mahu tgk my ma n tggu ambulan itu beredar br lah kawe beralih pndangan.. ternyata ada mnde yg akan berlaku.. so smalam kawe raso xsedap bila tgk ambulan n ibu pulak berada di dalam kenderaan itu.. Syukur alhamdullillah, semuanya selamat belako..

apa lak yang di fobia oleh anda.. so kito share lah..

Tuesday, December 21, 2010

Top 30

Top 30 laman web yang selalu di kunjungi oleh rakyat malaysia.. xkiro besar kecik, tua mudo.. take a look k.. mano tahu ado laman web demo.. haha..


Monday, December 20, 2010

Tahu sapo nih???


adakah anda kenal dengan budak kecik nih.. kompem xkenal kan.. haha.. kelakar gak tgk gmbr nih.. kalu sapa yg taw agkat kaki gtau cepat2..

ok2..
mesti rmai yg x sbar nk tahu kan.. mcm la rmai yg mr kat blog kawe nih.. haha..
ni adalah APEK aka KHAIRUL FAHMI CHE MAT..
nakal jgak gmbr dio maso kecik..

kawe ambik gmbr nih dr blog awek apek 2 sndiri..
br jah tahu nih.. panas2 ag.. so sapo2 nk tahu ttg apek or awek apek lebih lanjut sila lah g kat link yg tertera kat gmbr 2..
byk mnde kawe dpt info drpd blog 2..
bgs awek apek nih, update skmo blog dio.. gud job..
kredit to awek apek..

Skuad TRW 2011

Kepada yang masih xtahu n dah tahu, sila2 lah tgk player2 kelate tahun depe iaitu 2011.. kejutan yg dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa ialah dengan kehadiran player dari cardiff city iaitu Nicholas Chan.. TerbaekLah!!

Thursday, December 9, 2010

Piala Emas Raja-Raja 2010


PERLAWANAN AKHIR
KELANTAN vs KEDAH
STADIUM MUHAMMAD KE-IV
11 DISEMBER 2010
8.45 MALAM

Kepada semua penyokong THE RED WARRIORS, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.. Pastikan Piala Emas Raja-Raja menjadi milik kita..
Penuhi stadium dengan lautan merah.. Sorakanlah dengan GOMO KELATE GOMO!!!

LALUAN KELANTAN KE FINAL

Separuh Akhir Pertama
Kelantan 3 : 0 Terengganu

Separuh Akhir Kedua
Terengganu 0 : 1 Kelantan

(Agregat Kelantan 4 : O Terengganu)

LALUAN KEDAH KE FINAL

Separuh Akhir Pertama
Johor 1 : 3 Kedah

Separuh Akhir Kedua
Kedah 0 : 0 Johor

(Agregat Kedah 3 : 0 Johor)

update! Piala AFF Suzuki 2010


Separuh Akhir Pertama
MALAYSIA vs VIETNAM
15 Disember 2010
Stadium Bukit Jalil

Syukur alhamdulillah, akhirnya skuad Malaysia dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah membelasah Laos dengan 5-1.. Kita seboleh tidak menjadikan Laos sebagai ukuran kekuatan skuad kita tapi apa yang kita harapkan mutu permainan skuad Malaysia akan meningkat dari semasa ke semasa.. Laos bukanlah lawan yang boleh dikatakan hebat, so pasukan Malaysia perlulah berusaha dengan lebih gigih untuk terus ke peringkat akhir.. Lupa lak, kejayaan Malaysia layak ke separuh akhr ini dibantu jugak oleh kemenangan Indonesia.. Terima kasih Indonesia kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membuat pakatan dengan Thailand seperti mana yang dibimbangi oleh seluruh warga negara Malaysia..
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH...

Mengulas perlawanan separuh akhir yang akan bertemu dengan Vietnam, pasukan Malaysia tentu sekali kena berjuang habis-habisan kerana apa yang kawe tengok perlawanan diantara Vietnam vs Singapura, Vietnam telah menunjukkan prestasi yang cukup tinggi.. Dimana walaupun bermain seramai 10 orang tetapi dapat mengekang asakan yang bertali arus oleh pasukan Singapura.. Begitulah hebatnya skuad Vietnam buat masa ini.. dan x mustahil Malaysia dapat menewaskan Vietnam dengan adanya pemain-main kita yang hebat seperti Khairul Fahmin Che Mat, Nor Sharul Idlan talaha dan rmai lagi.. Berusahalah pasukan Malaysia, buat kami menjadi rakyat Malaysia..

akhir kata.. jangan lupa pergi Stadium Shah Alam beramai-ramai.. yuhuuu!!!!

Sunday, December 5, 2010

Anda pernah dengar BOUNCE??


mesti ramai yang tertanya ataupun sudah tahu apa itu BOUNCE... sebenarnya ialah game utk handphone biasa2 jer.. apa yang istimewa sgt sampai kawe nok post pasal game BOUNCE nih.. bukan apa, tadi kawe main lah game nih tapi nak lepas level satu bukan main payoh.. peh!! sakit ati jer main.. nih kawe nok bagi tip or cheat lah caro2 nk bagi mudah main.. after kawe dapat cheat nih, terus x mencabar main, mudah lah plok.. haha

ni dia cheat ataupun tips2 bagi yang masih layan game nih xtau akan keadaan cheat nih.. so, layann...

Terbang bebas diudara
Semasa tangah main, tekan 787899 dan tekan # utk terbang bebas ke udara..

Markah tertinggi dan Level Completed
Semasa duk main 2, tekan 787899 dan tekan lak 5 utk selesaikan level tersebut dan dapat 500 points. Jika anda akan tekan 5 lagi, anda dapat selesai level tersebut dan dapat 500 points,so begitulah seterusnya. Jika sudah sampai level 11, anda boleh tekan 3 utk balik ke level satu semula.. so makin rajin anda buat makin tggi lah markah anda.. hoho

Kebal atau halimunan
Semasa tengah main 2, tekan 787898 utk jadi kebal.. so lepas nih anda x perlu takut lagi, langgar la pape pun xjadi paper.. mesti best main kan..

Pilih Level
Tekan 787899 semasa tengah main, pahtu anda akan dengar bunyi, lepas 2 tekan 1 utk ke level sebelumnya atau tekan 3 untuk level seterusnya..

setakat nih jer kawe taw.. harap kepada yang masih layan game nih mendapat keseronokan daripada cheat nih.. tp bagi sesetengah orang xsuka cheat nih kerana dah x mencabar.. terpulang kepada individu masing2... ko guano..

Saturday, December 4, 2010

Patutlah Qatar menang bidaan



Terbaek lah Qatar.. idea untuk membina stadium yang sgt kreatif dan menarik.. no wonder lah, Qatar menang bidaan menganjurkan Piala Dunia 2022.. lambat ag 2.. maso 2 umur kawe berapa pon xtahu laa.. haha.. enjoy lah tgk video nih.. mugo ado pulok stadium di malaysia berbentuk wau atau ketupat..

Blog yang agak menarik


kepada yang masih belum tgk blog ni, anda disyorkan tgk blog nih.. best gak lah blog nih.. Blogger nih menggunakan latarbelakang Facebook dlm membuat lawak.. so layan jer...
sila layari nih : http://funny-profiles-story.blogspot.com/

Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Thailand



Apakah perasaan dan harapan anda semua rakyat Malaysia tentang perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 6 nanti.. adakah Malaysia mampu menewaskan Thailand atau sebaliknya.. Terus terang kawe katakan prestasi Malaysia selalu menghampakan dan tidak seperti yang di harapkan.. Petikan daripada akbar Kosmo!, K.Rajagobal akan menggunakan jersi biru kerana dikatakan membawa tuah untuk skuad Malaysia.. Kalau dah x kalah 2 tetap kalah oh rajagobal.. pakai lah jersi warna apa pun.. yang penting skuad Malaysia mestilah bermain bermati-matian petang ini.. kalau kalah sekali pun, biarlah kita kalah dengan penuh bermaruah iaitu bermain dengan bersungguh2 dan tunjukkanlah corak permainan yang menarik seperti kelab2 utama di dunia ini iaitu Machester United, Barcelona, Real Madrid dan lain-lain lagi..

Moga Malaysia menang dan menewaskan Thailand sekaligus berpeluang untuk layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki.. Gomo Malaysia Gomo!!!!

Akhir kato, majulah sukan utk negara...

Nokia C3

Nokia telah mengeluarkan handphone bajet yang agak menarik jugak lah iaitu Nokia C3.. telefon nih menggunakan keypad QWERTY yang nampak lain dari yang lain.. telefon ni gak menggunakan platform s40.. so, telefon nih sgt sesuai kepada yang meminati kesederhana tetapi penuh dengan ciri2 masa kini seperti Facebook, kamera dan banyak lagi fungsi2 lain.. wah! macam lah kawe nih penjual handphone c3 nih kan.. tetapi kepada sesapa yang mengingini atau mendampakan handfone ni, leh lah order dengan kawe deh.. harga lebih kurang rm500 jer.. stok terhad..

terdapat dalam tiga warna iaitu putih mutiara, hitam, dan pink..

SPECIFICATIONS lak:
Platform S40
Kamera 2 Megapixel
Bluetooth 2.1
Memory dalaman 55 MB, leh ditambah dengan microSD card sampai 8GB
3.5 mm stereo headphone plug
Keypad QWERTY
utk maklumat lanjut, sila layari : http://www.nokia.com.my/find-product/all-phones/nokia-c3/specifications

Kenapa Windows 7?

mesti ramai yang masih tidak tahu kenapa Microsoft letak nama Windows 7, kenapa tidak 8 atau sebagainya kan.. kepada yang sudah tahu, buat2 xtahu jer bila baca entry ini.. hehe.. Windows 7 sebenarnya ialah Windows yang ke-7 yang telah dikeluarkan oleh Microsoft yang diasaskan oleh Bill Gates.. Dia pon sudah kaya raya sekarang ni..

disini kawe akan tunjuk satu per satu sebelum kuar nya Windows 7 nih..
1. WINDOWS 95
2. WINDOWS 98
3. WINDOWS 2000
4. WINDOWS ME
5. WINDOWS XP
6. WINDOWS VISTA ( windows yang dikatakan gagal dan banyak masalah timbul )
7. WINDOWS 7 ( maka lahirlah win. 7 ni untuk menggantikan win. Vista )

sedikit interface windows 7, layannn..

Wajib tonton!

arini kawe nok oyak cikit pasal drama bersiri hok wajib ditonton... rugi sapo hok x tengok drama nie.. di sini kawe akan perkenalkan 2 drama bersiri yang mesti ditonton iaitu SMALLVILLE dan CHUCK..


Cite pasal smallville nih, kawe sejak dibangku sekolah lagi tengok cito nih.. meme dulu gak minat giler la ngan cito nih.. sejak dari itu lah kawe sangat berminat ngan superhero bernamo SUPERMAN nih.. Smallville nih sebenarnya kisah superman masih muda remaja.. Loni dah masuk season 10 dah dan dikatakan season terakhir.. tak tahu lah macam ner lak, entah2 nyer sambung lagi kan.. huhu.. tapi dah sampai season 10 nih, smallville dah byk mengarut tp kawe tengok jugak sbb minat punyer pasal.. blogger semua mesti tgk jgak cite nih.. haha



kisah cite nih yg menjadi drama bersiri wajib tonton kawe bermula kawe tgk satu episod apa entah. sejak dari itu lah kawe minat cite nih.. sebelum nih kawe x minat mana.. tp selepas tengok episod by episod, kawe meme xleh tggl tngok cite nih.. sememangnya cite nih best sgt utk dilayan.. jalan cite yg best dan senang utk difahami.. konflik pon byk menambah debaran untuk terus melekat utk terus menonton CHUCK nih..

untuk mendownload cite nih leh la layari : theamh.com or syok.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang