Friday, July 29, 2011

Angry Birds versi Malaysia


layan je...

Apa nak jadi nih!

Seperti semua yang sudah sedia maklum, kita terpaksa menerima hakikat walaupun ianya sangat perik, pedih, pahit untuk ditelan.. Akhirnya, HARIMAU MALAYA terpaksa ditunjukkan jalan keluar oleh SINGA celup untuk kelayakkan Piala Dunia 2014.. Sesungguhnya perjalanan untuk menjadi salah satu pasukan paling ganah dan hebat untuk mendakap Piala Dunia masih jauh lagi. Jadikan kekalahan ini sebagai titik tolak kepada kebangkitan pasukan kesayangan kita.

Yang best:
1. APEX, PENJAGA GOL DAN PEMAIN YANG PALING HEBAT DAN BERSEMANGAT BERBANDING PEMAIN LAIN.
2. APEX, PENJAGA GOL TERBAEK MASA KINI!
3. Tak pernah kawe rasa suasana yang sangat hebat di Bukit Jalil.. Dikabarkan hampir 100,000 orang membanjiri stadium. Tahniah kepada semua!
4. Semangat yang ditunjukkan oleh semua penyokong sangatlah hebat.. Kawe ingatkan suasana ini hanya dapat dilihat ketika Kelantan main di pentas akhir untuk merebut macam-macam piala yang dipertandingkan..
5. Yang best hanya banyak berkisarkan sambutan peminat setia HARIMAU MALAYA. Harap suasana ini akan terus berkekalan selamanya..

Yang tak best:
1. Kawe sangat tak puas hati dengan Datuk Raja. Sebelum nih kawe ada meluahkan ketidakpuasan dengan Datuk Raja ini tapi nampaknya dia buat ded je. Apa yang kawe tak puas hati ialah pemilihan kesebelasan utama berdasarkan anak emas atau player yang menjadi kegemeran dia. Datuk Raja langsung tidak mengendahkan pendapat pelbagai pihak. Kenapa masih nak masukkan player sama seperti amar rohidan, ismail faruqi, fakri sasrani, k. gurusamy dan jugak line-up pertahanan. Sebelum nih kawe dah merasakan line-up pertahanan mesti diubah kerana kesemua pertahanan mengalami kemerosotan tapi Datuk Raja degil dan masih menurunkan line-up defend yang sama. Tapi nasib baek ado Apex, kalau tak banyak bijik jugak lah bolos. kawe pun tak faham dengan Datuk Raja nih.
2. Kenapa Khairul Fahmi Che Mat (Apex) sahaja pemain Kelantan diturunkan kesebelasan utama. Ini bukan bersifat kenegerian cuma buat masa ini pemain-pemain Kelantan tengah perform dan merupakan Juara Liga Super 2011. Kalau ikut logik, sepatutnya kesebelasan utama semestinya ramai daripada pemain Kelantan kan. Yelah, tak kanlah Kelantan boleh jadi juara kalau pemain main macam hamapeh kan..
3. Kawe lagi heran kenapa nak dimasukkan K.Gurusamy berbanding Baddrol Baktiar atau Shakir Shaari. Hebat sangat ke K. Gurusamy tuu?
4. Tambah-tambah heran pulak, kenapa nak dimasukkan Fakri Saarani? kawe sebelum ini tengok pemain Fakri dengan N. Sembilan pon tak menjadi mana. kenapa nak simpan lagi player macam nih? kenapa datuk? lupa, pemain kesayangan katakan.. Please Datuk, pilih player berdasarkan prestasi semasa. Tolonglah!
5. MALANG BUAT SKUAD THE RED WARRIORS, WALAUPUN GAH DENGAN JUARA PIALA MALAYSIA, JUARA LIGA SUPER, JUARA PIALA SUMBANGSIH DAN NAIB JUARA PIALA FA masih belum mampu membantu HARIMAU MALAYA! yang ada pun sekadar menjadi skuad pemerhati sahaja.
6. Pada pandangan kawe, player Kelantan patut boikot je Datuk Raja kalau pemain diletakkan dibangku simpanan sahaja dan hanya digunakan time perlawanan persabahatan sahaja. kamonlah Datuk!

‎"ketiadaan NORSHAHRULamat dirasai,
ketangkasan APEK bkn tndingan SHARBINI,
tiada ape drpd ABDUL HADI,
masuknya FAKRI mnyakitkan hati,
kpincangan prtahanan kerap terjadi,
perjuangan HARIMAU sdah pn mati,
kini SINGA brgembira menari,
K RAJAGOPAL, APA SUDAH JADI,
ke mana perginya SHAKIR SHAARI,bgitu juga RIZAL FAHMI,
bkn brcakap kerana NEGERI,ini dilihat melalui PRESTASI.. ......" petikan daripada fb.

“Ismail, saya tak rasa dia beraksi buruk, dia masih baru dalam pasukan ini, kita tak boleh judge dia dalam 1 match, terus kata tak bagus, dia ada skill, kreativiti, kita harus bagi dia peluang, saya yakin dia boleh pergi lebih jauh, sama ada national team, mahupun bersama Terengganu, dan Amar dia tetap steady seperti biasa..”.
Mengambil kira kata-kata Rajagobal, kemampuan seseorang pemain tidak boleh dinilai melalui 1 perlawanan, penulis juga ingin bangkitkan persoalan, apakah kriteria yang dilihatnya yang ada pada Ismail Faruqi, yang meyakinkannya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, berbanding Ashaari, Baddrol dan Shakir, yang lebih lama bersama pasukan?
-suarasukan1mas



salute sama itu penyokong!
Bila dia bolos dengan Liverpool 5 gol, orang kritik dia, bila Sharbini bolos 5 gol dengan singapura, pun kena kritik, so lebih adil saya komen prestasi dia malam ini..”. – Datuk K.Rajagobal. ADA KE NAK BANDINGKAN APEX TIME LAWAN LIVERPOOL HARITU. KENA INGAT LIVERPOOL PLAYER SEMUA WORLD CLASS DAN GOL PON WORLD CLASS, LAGIPUN ITU HANYA PERLAWANAN PERSABAHATAN Je. Tolonglah Datuk!


meme terbaik arh apek smalam!!!aksi beliau sgt memukau dan mengagumkan!!!apex membuktikan bahawa malaysia mempunyai keeper terbaik di rantau asia tenggara!!malah di asia satu hari nanti!!!!insyaallah...



nih baru sorang pemain THE RED WARRIORS (TRW), kalau lagi ramai rasanya perlawanan semalam mungkin menjadi milik kita. sekali lagi ini bukan nak cakap negeri kawe ini hebat tapi semuanya telah terbukti. Pemain TRW sudah biasa main dengan ramai peminat, sudah terbiasa dengan tekanan dan sudah biasa dengan kekecewaan tapi kenapa datuk, kenapa tak nak ambik peluang nih guna sebaik-baiknya pemain TRW yang tengah onform nih. kamon datuk!


Rating Players tengok sini rating setiap player yang dibuat oleh ore putih aka mat salleh. dan pastinya anda akan terkejut siapa dapat rating paling tinggi.

dan sebelum kawe menutup bicara ini, disini kawe sediakan satu video khas yang didikasi kepada hero pada malam itu. bangga campur sebak tengok video ini. selamat menonton!



ni satu lagi wira yang tak dapat beraksi, lagi sebak gua tengok.. huhu..

pesanan kawe: walaupun kawe kondem dan kritik Datuk Raja, niat kawe satu je, nak tengok bolasepak kita maju dan setanding atau lagi hebat dari kuasa-kuasa besar bolasepak macam Sepanyol, Belanda Brazil dan lain-lain.. 

EMPAT KAPAL SELAM TERBAIK DIDUNIA!!!


AMACAM? PUAH ATI. HAHA

Wednesday, July 27, 2011

Jangan lupa!

Jangan lupa kepada semua penyokong hitam kuning, HARIMAU MALAYA!
Ayuh penuhi stadium dan memberi 110% sokongan buat Harimau Malaya terchenta!
Jumpa anda semua di stadium esok!




kata-kata semangat!

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
SELAMANYA HARIMAU MALAYA
BERJUANGLAH HARIMAU MALAYA
SOKONGAN KAMI TIDAK BERBELAH BAGI
PANTANG HARIMAU MALAYA MENYERAH SEBELUM BERJUANG
GOMO HARIMAU MALAYA GOMO

Siapa yang menang?

ok dah habis baca, so siapa yang menang? sebenarnya tiada yang menang atau kalah. Yang penting cuba faham apa yang hendak disampaikan. sekian!

Tuesday, July 26, 2011

Malam ini! Final Piala Presiden.

pastikan kepada semua peminat bola sepak menyaksikan perlawanan akhir Piala Presiden malam ini hanya di Astro Arena jam 8.45 malam.

Perlawanan antara:

The President Warriors (Kelantan)


vs

MP Muar


Perlawanan yang berlangsung di Stadium Muhammad ke-IV. kepada yang kesempatan sila datang ke stadium dan memenuhi stadium. Tunjukkan semangatmu!

Pastikan The President Warriors menang malam nih!
-Gomo Kelate Gomo-

Sunday, July 24, 2011

Analisis Singapura vs Malaysia

Kesebelasan pasukan Harimau Malaya


semua peminat HARIMAU MALAYA sudah semestinya tahu akan keputusan perlawanan pra kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua. ya, sememangnya perlawanan semalam sangatlah dramatiknya.. apa tidaknya, mula-mula kawe rasa harapan untuk Malaysia untuk melangkah ke pusingan seterusnya nampak tipis gara-gara 4-1 pada separuh masa pertama. Namun anak buah Datuk K.Rajagopal telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk merapatkan kedudukan menjadi 4-3. masa ini kawe sangat bangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh skuad HARIMAU MALAYA. pantang menyerah kalah, bak kata orang dulu-dulu.. dibawah secara ringkas analisis kawe tentang perlawanan semalam.

kelemahan:
1. Pertahanan yang sangat lemah sehinggakan Singapura dapat menghasilkan gol yang boleh dikategorikan mudah!
2. Penjaga gol yaitu Sharbinee Allawee kurang menjadi. banyak aksi terkaku ditunjukkan.
3. Man to man marking kurang. tengoklah gol keempat dan kelima tapi yang paling ketara gol kelima, senang-senang je pemain Singapura sumbat gol.
4. Kesilapan memasukkan Ismail Faruqi. jelas nampak dia gugup. mungkin disebabkan dia kurang aksi diperingkat antarabangsa. bagi pendapat kawe, Baddrol Baktiar atau Ashaari adalah calon sesuai menggantikan Ismail Faruqi.

perlu perbaiki:
1. Rasanya line-up defend kena tukarlah Datuk. Kawe rasa ada sedikit penurunan prestasi di bahagian centre back. pe kata try cuba Rizal Fahmi pulak.
2. Penjaga gol kembali digalas oleh Khairul Fahmi. tapi bagi kawe, Apex sekarang nih pon semacam berlaku penurunan prestasi tapi tak salah kalau mencuba. jangan lupa, Apex merupakan salah satu watak penting kemenangan Piala AFF Suzuki.
3. Siapa pulak yang akan mengantikan Shafiq Rahim setelah dia mendapat kad merah. bab nih kawe pening nok pikir. biar Datuk Raja lah yang pening memikirkannya. haha..
4. Kalaulah boleh, cuba masukkan Shakir Shaari selama 90 minit. kawe rasa dio boleh perform nih.

banner yang tidak boleh bawak masuk Stadium Jalan Besar


Yang pelik (pelik ke?) pada perlawanan semalam ialah first eleven skuad Harimau Malaya langsung tiada pemain The Red Warriors. bukan nak menunjukkan semangat kenegerian tapikan bila ada at least seorang pemain The Red Warriors, pemainan skuad kita pasti berlainan. lagipun pemain The Red Warriors sekarang tengah perform. Tak cukup lagi ke menjadi Juara Piala Sumbangsih, Juara Piala Malaysia, Juara Liga Super dan macam-macam juara lagi lah. Satu perkara lagi, tak boleh bla bila tengok Ismail Faruqi rampas jersi no. 9 Norshahrul Idlan Talaha (MatYo). kalau pemainannya sama atau lagi hebat dari Matyo ok gak kan. haha.. sekadar pandangan je.

kalau boleh, kawe nok tengok first eleven Malaysia pada 28hb nih, tiga pemain The Red Warriors tersenarai, yaitu Apex, Rizal dan Shakir. sebabnya ketiga-tiga dah serasi main bersama, so tidak salah kalau Datuk Raja cuba formula itu.

YANG PENTING, MENANG KITA PUJI, KALAH KITA KUTUK HABIS-HABISAN.

P/S: tak boleh pakai tagline kat atas tu. itu bukan true penyokong HARIMAU MALAYA!

Thursday, July 21, 2011

Apa akan jadi bila pakai baju MU dikalangan peminat Liverpool


tak tahu la nak royak apa.
pastikan Pal Alex bawak MU datang Malaysia tahun depan.
nampak sangat penyokong MU kepingin MU datang sini.

Pabila Microsoft vs Linux


nih merupakan video sempena hari jadi Linux daripada Microsoft.

Friday, July 15, 2011

Kelayakan Olimpik Pusingan Ke 3

kepada yang masih tak tahu dan ingin tahu.
jom tengok gambar kat bawah nih.


nampaknya kita satu group dengan Japan, Bahrain dan Syria.
rasanya kita tiada masalah untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
kawe sentiasa optimist! yeah!

Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012

2011
21 September - Japan vs MALAYSIA
23 September - MALAYSIA vs Syria
27 November - MALAYSIA vs Bahrain

2012
5 Februari - Bahrain vs MALAYSIA
22 Februari - MALAYSIA vs Japan
14 Mac - Syria vs MALAYSIA

Dengar dan renung-renungkan

Pesanan yang ringkas lagi padat dari kapten Harimau Malaya,
SAFIQ RAHIM
untuk perlawanan persahabatan menentang Liverpool.

Anda tengok dan fikirkan sendiri.


Hangat!- Mesti tengok

Inilah kebodohan dan ketaksuban fans Liverpool..
bikin panas fans MU je..
sungguh memalukanlah..
ini ke rakyat Malaysia..
Jom tengok dan anda nilai sendiri
If You Are Ashamed To Stand By YOUR COLORS, You Had Better Seek ANOTHER FLAG!
Kenapa tidak anda sendiri paksa DIRI ANDA untuk sarung jersi kebangsaan. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
Jom tengok dan anda nilai sendiri 
 
 

Thursday, July 14, 2011

Video Klip Man U.


Jom layan video klip pre season Manchester United luu..


video yang membicarakan tentang pentingnya perlawanan pra-musim.

Thursday, July 7, 2011

Kita adalah JUARA!

Pedulikan dan persetankan apa orang nak kata.
Yang penting Liga Super musim nih milik mutlak THE RED WARRIORS!!!
Tapi sebelum mencapai kemenangan semalam, perlawanan terakhir menentang Sabah tersangatlah mendebarkan.
Entah kenapa, nampak Sabah nih bersungguh-sungguh bila lawan Kelantan.
Penyokong diorang pun bukan main ramai lagi.
Lepas Sabah score sebijik, terus riuh rendah penyokong Sabah.
Agaknya bangga sebab dapat tewaskan Apex, haha.
Itulah yang dinamakan fenomena.
The Red Warriors sudah menjadi fenomena di Malaysia nih.
Tak kira team mana yang lawan Kelantan, kompem main habis-habisan.
papepun, Tahniah THE RED WARRIORS!

WE ARE THE CHAMPIONS

jom layan...

kredit to sokernet.com

p/s: semoga pasukan THE RED WARRIORS akan terus memperolehi kemenangan, yeah!!!

Sunday, July 3, 2011

Mydeal.com.my buat kelakar


omg, kelakar plak bila baca, haha.. anyway, my name is not omg. haha
kredit to lagubaru.net

Saturday, July 2, 2011

Malaysia negara paling aman

Masih nak lakukan huru-hara ke kalau dah mencapai negara paling aman di Asia Tenggara.
Entry nih dibuat sempena berlakunya satu perhimpunan yang dinamakan BERSIH 2.0
Agaknya ado segenlintir yang dah puas hidup aman kot.
jom tengok stastitik dibawah nih, kredit to Lagubaru.net

Statistik telah dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, di mana menunjukkan Malaysia merupakan negara ke-19 paling aman di dunia. Manakala jika di rantau Asia Tenggara, kita merupakan negara yang paling aman meninggalkan Singapura dan Vietnam masing-masing pada tangga ke-24 danke-30. Statistik penuh Asia Tenggara adalah seperti berikut.

Bil.

Negara

Kedudukan
1. Malaysia mediamalaya.com 19
2. Singapura mediamalaya.com 24
3. Vietnam 30
4. Laos 32
5. Indonesia mediamalaya.com 68
6. Thailand 107
7. Kemboja mediamalaya.com 115
8. Myanmar 133
9. Filipina 136
10. Brunei Tiada data media

KL Gangster lagi!

Kali nih pasal lagu tema lak. jom layannn...


[ Lagu tema filem 'KL GANGSTER' arahan Pengarah Terbaik Anugerah FFM '10, Syamsul Yusof. "Takhta" menampilkan Daly, bekas anggota dan tonggak utama kumpulan Rap Hip Hop ternama, AHLI FIQIR yang berpecah pada penghujung tahun 2009. Daly kini bergerak solo menggunakan nama pentas FILSUF. Single ini turut menampilkan ERNA, bekas peserta program realiti 'One In A Million' dan pelakon drama tv. ]

tapi serius, kawe tak puas layan trailer KL Gangster, jadi kawe sertakan juga trailernya skali. hehe


ayat best:
cuti sudah abis bro..
lu abe long ka, ayahanda ka, ini KL eden punyer.

kat bawah nih blog Shamsul Yusoff, jom ushar.

Friday, July 1, 2011

woi woi Apex kena penampor! tapi still cool and macho!

tengok video klip nih untuk tahu cerita selanjutnya.


p/s: lagu langsung tak best, hahaha. tengok pun sebab nak tengok apex berlakon.
kelakar gak tengok apex nih. bajet macho n cool jer. haha..
yang penting enjoy and tak perlu kata apa-apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang