Sunday, May 27, 2012

Versus

Versus merupakan rancangan yang disiarkan terus di TV9 setiap hari jumaat.. berlangsungnya di Space U8, TTDI Jaya, Shah Alam.. oleh kerana tempatnya tidak jauh dari umah kawe, sempat lah dua kali kawe pergi tengok secara depan mata.. 

setiap orang pasti mempunyai band kesayangan kan.. tapi sebelum tuu, kawe tak cerita lah rancangan bentuk apa itu Versus nih.. haha.. kepada yang nak tahu lanjut, silap lah google.. malas kawe nok taip panjang-panjaang...


jeng jeng jeng... band feveret kawe semestinya BLACK N PARALLAX.. anda bagaimana pulak.. yang mengeciwakan kawe ialah dua kali kawe p tengok dua kali tuu jugak diorang tak masuk battle.. kawe pelik dengan para pendengar dan pengundi semua, kepada tidak undi diorang.. padahal diorang punyer persembahan meme padu dan juga sangat kejam.. bak kato Faizal Tahir, buka mata, buka minda dan undilah mereka.. kawe cakap gni bukan sebab kawe minat diorang.. tapi sebab diorang meme hebat.. dah terbukti pon.. kamon semua, minggu depan episod akhir.. semua mesti undi BLACK N PARALLAX.. yeahh!!! kalau diorang menang, kena bagi sikit kat kawe sebab kawe telah promote.. haha..

akhir kata, undilah berdasarkan kekreatifviti bukan populariti.

Wednesday, May 16, 2012

‎20 PERKARA 'JANGAN'





1. Jangan sengaja lewatkan solat.
2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
16. Jangan banyak ketawa.
17. Jangan biasakan berbohong.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

kalau diikutkan 20 perkara jangan nih banyak jugak terkena kat kawe.. anda bagaimana.. sama-samalah kito berubah..

semoga entry nih dapat menjadi titik tolak kepada perubahan kita ke arah yang lebih baik, AMIN...

Friday, May 11, 2012

Idam Samsung Galaxy S Advance

tetiba lak terasa nak membeli handphone nih tak semena-mena.. nih sebab kawe p One Utama aritu.. saja jejalan dan kawe pon singgah la kejap kat kedai Samsung.. mencuba godek-godek la mana-mana handphone dengan niat suka-suka la.. tapi kawe tertarik plak dengan S Advance nih.. mende yang paling kawe minat ialah bentuk dio melengkung (curve) dan skrin Super AMOLED.. handphone nih betul-betul menarik hati laa.. itulah kisahnya..


harga lak tak la mahal sangat.. sekarang ni harga RM1299.. menggunakan pemprosesan dual-core.. bagi kawe nih dah cukup power dalam kelasnya.. pada yang terasa nak beli tuu, rasanya ini pembelian yang berbaloi.. dan kepada yang dah beli sila la bagi komen sikit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...