Thursday, September 22, 2011

RAMLI

 

walaupun bukan betul-betul, sekurang-kurangnya Ramli dapat jugak berlakon dikalangan pemain MU. Kawe yang minat nih pon leh tengok dari jauh je. huhuhuhuhu.. Ini tidak adil! kawe pon nak berlakon jugak.. TM please ambik kawe berlakon.. kah3.. kawe jeles dengan ko Ramli!!!

antara komen dari youtube:
  • patot ar Malaysia kalah malam tadi.... ramli x main...
  • VIDEO YANG AMAT BAGUS UNTUK MENAIKKAN SEMANGAT BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG UNTUK BERUSAHA SEHINGGA BERJAYA!!!
  • serius video nih menaikkan semangat kita, pemangkin untuk kejayaan2 kita dimasa akan datang......kejayaan bola sepak Malaysia dan kejayaan untuk diri kita sendiri
  • aku bangga nama Ramli.. hahaha.. sebab nama aku Ramli.. muahaha
  • RAMLI.. RAMLI... RAMLI!!!!!
    benjo cheese satu
  • Tadi tengok game Malaysia lawan Jepun. Mula-mula tu semua penyokong Malaysia down gila sebab kena 1-0. Tapi lepas kuar je iklan ni lepas separuh masa kedua, riuh sakan bhai kedai anney tadi. Semangat tetibe je. Haha! Mau naik habis bulu-bulu kat tengkuk tadi. Bukan takat bulu tengkuk je, bulu tangan, dada, semua mau naik. Kalau T.V Malaysia selalu buat ads kreatif macam ni kan best.
anyway, video nih memang kreatif plus kawe kipas-susah-mati MU. Yeah!

RASA KECIWA


Ya! Semestinya semua yang bekerja, penganggur, dan sewaktu dengannya semalam bersesak-sesak untuk balik awal ke rumah masing-masing sebelum pukul 7 bukan. Yang biasa balik lambat, tiba-tiba balik awal. Kenapa ya? Ya semuanya tak sabar untuk menyaksikan aksi pra kelayakan olimpik antara Malaysia dengan jepun. Ya! Kawe sendiri pun tak terkecuali. Aktiviti bermain badminton selepas waktu kerja terpaksa diberhentikan gara-gara mahu menyaksikan perlawanan tersebut.

Otw balik, kelihatan semua kedai-kedai makan sudah dipenuhi manusia yang penuh nafsu dan harapan untuk melihat skuad harimau muda mencipta kejutan di Stadium Tosu.

Ya! RASA KECIWA terbit dihati kawe dan mungkin juga kepada semua perchenta  bolasepak. Kekeciwaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata ketika menyaksikan perlawan tersebut. Beberapa perkara yang membuatkan perasaan itu terbit dihati:-
  1. Permainan yang sangat jauh berbeza antara Malaysia dengan jepun.
  2. Terlalu mudah kehilangan bola.
  3. Suka main passing jauh tapi hantaran tak tepat. (mungkin taktikal jurulatih) .
  4. Kegugupan terpacar setiap pemain.
  5. Suka clear bola ikut suka hati.
  6. Dalam masa 90 minit tempoh permainan, hanya satu sahaja percubaan yang kawe rasa bahaya.
  7. Short passing entah pape.
  8. Kurang skill individu.
  9. Akhirnya sekali, kawe rasa kurangnya keyakinan yang ditunjukkan dan mungkin sedikit gugup berjumpa dengan abam-abam Nippon.
Walaupun bagaimanapun kawe masih berpuashati dengan permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain. RASA BANGGA tetap terbit dihati ini selepas tamat perlawanan. Yela, Jepun hanya dapat 2 gol je, sekurang-kurang tiada kenduri gol. Didada akbar hari ini ramai yang puji APEX! Thanks APEX! kalau bukan APEX mungkin Harimau Muda kalah teruk!


Papepun, harapan kawe selepas ini, pemainan skuad olimpik kita akan diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. Pada pendapat kawe lah kurang keyakinan terhadap diri setiap pemain Malaysia lah yang menyebabkan bola selalu terlepas, passing tak sampai dan skill tak buat. Boleh tengok berapa kali je skill yang dapat ditunjukkan oleh skuad kita.

Kamon Harimau Muda! Tingkatkan keyakinan, tingkatkan prestasi. Buktikan Malaysia boleh! Berjuanglah sehingga ketitisan terakhir, macam nak pergi ke medan perang je. Ya! Semangat macam itu perlu ada sebenarnya. Ayuh! Lupakan kekalahan, bangkit melawan! tidak mustahil impian untuk layak ke Olimpik 2012 akan tercapai!

Make Us Proud!

Wednesday, September 21, 2011

Kasi hentam sama itu Samurai

JANGAN LUPAKAN SAKSIKAN PERLAWANAN INI. 
PASTIKAN HARIMAU MUDA KITA DAPAT MENEWASKAN SAMURAI!

kamon anak-anak buah Ong Kim Swee tunjuk sama itu Rajagobal bahawa team kamu lagi power daripada skuad senior! haha
tapi kita kena realistik, Jepun merupakan team yang leh dikatakan power dan berada dalam kelas yang tersendiri.
tak pe, yang penting KITA TAK GENTAR! LAWAN TETAP LAWAN! semangat nih!

Myvi Extreme 1.5 - Lagi Power Lagi Best


pe pendapat awok-awok semua tentang kereta keluaran terbaru Perodua ini?
dengan motto LAGI POWER LAGI BEST.
manual RM58k, auto RM61k.
mahal jugak kereta nih.
bagi kawe kereta nih kalau warna ini memang nampak smart giler.
kalau ada yang nak bagi, sure kawe tak fikir panjang.
terus rembat je.. haha

Pemain yang terpilih untuk aksi menentang Australia

Semua sedia maklum, semalam didada akbar ada menceritakan tentang senarai pemain yang akan berdepan aksi perlawanan persabahatan dengan Australia. Satu perlawanan kelas A dan patut digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain untuk mempelajari skill-skill ataupun taktik pemainan yang di pamerkan Australia.


dan yang paling penting HARIMAU MALAYA MESTI MENANG!!!

Itu harapan kawe dan mungkin harapan seluruh 1Malaysia walaupun perlawanan tersebut sekadar perlawanan persabahatan.

Tapi daripada senarai tersebut, Rajagobal telah menyingkirkan pemain tengah iaitu Safiq Rahim. Bagi kawe, Safiq kalau main dengan Selangor mungkin kurang power tapi kalau main untuk Harimau Malaya mesti power! tapi itu semua pencaturan Rajagobal. Terserahlah, kita tengoklah pe jadi nanti. kat bawah nih kawe sediakan senarai pemain yang terpilih. Kepada yang terpilih, sila bermain bersungguh-sungguh dan tunjukkan kehebatan kita! MAKE US PROUD!!!

Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail
Kelantan
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhaimeen
Kedah
Farizal Marlias, S.Kunalan, Norhafiz Zamani Misbah
N.Sembilan
Asrarudin Putra Omar
Selangor
Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad
Terengganu
Shahrom Kalam, Norazlan Razali, Yong Kuong Yong
Kuala Lumpur
Shahrizal Saad
Johor FC
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari
Harimau Muda
K.Rubben
UKM
Safee Sali
Pelita Jaya

Piya!

Rasanya belum terlambat kawe nok post pasal midfielder The Red Warriors [TRW] atau jeneral yang merangka serangan ke kubu lawan iaitu Mohd Badri Mohd Radzi aka PIYA!

Tak kisah anda peminat bolasepak atau tidak, penyokong TRW atau tidak, awok-awok semua sepatutnya mengetahui kehebatan PIYA nih.. haha.. ayat macam poyo je lebih..

Bukan nak cakap apalah tapi pada malam TRW lawan Sarawak hari itu, Piya telah menjadi during dalam daging untuk memecah kebuntuan mendapatkan gol.. punya la liat Sarawak nih, minit ke 81 baru leh sumbat gol. Itu pun hasil gerakan Piya yang memperdayakan defend Sarawak. Welldone boh! dan untuk 3 gol berikutnya semua hasil sentuhan Piya. Through Pass yang kemah and power daripada Piya membolehkan NorShahrul Idlan Talahan menambah derita Sarawak dan jugak Daniel Fadzly.

Malam itu memang malam PIYA. tapi itu lah, Piya nih dia punyer permainan tak berapa nak konsistenlah.. Kalau konsisten mungkin dapat menjadi player yang akan digeruni dan mana tahu dapat menarik hati Rajagobal ataupun Cardiff City. Siapa tahukan.


Kamon PIYA, teruskan prestasi dan konsistensi yang terbaek yang telah anda tunjukkan semasa melawan Sarawak hari itu.
PiYA boleh! TRW boleh! Kelate boleh!!

Rahsia Berjaya



Bahan-bahan nya

Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
Sebuah ketekunan (diparut kerajinan)
4 hiris keinsafan (dimayang)
4 keping kasih sayang
Beberapa potong nasihat
Beberapa potong Dada
Sedikit dendam dan hasad dengki (dihancur dan dilumatkan)
secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
segenggam harapan
1/3 air mata
semangkuk azam
sekuntum senyuman (untuk hiasan)
beberapa helai kesyukuran



Cara-caranya

buku dipotong 5, dibasuh dan ditoskan, gaulkan buku dan azam. biarkan sebati kedua-duanya.
ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter kesungguhan dan 2 liter usaha
keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama sehingga sebati.
tapiskan air mata dan tumiskan keinsafan, goreng sehingga naik baunya dan sehingga menimbulkan kesedaran.
kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi, kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
masukkan pula buku dan campuran dengan usaha, kemudian didihkan.
tambahkan pula dengan kerajinan dan malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
akhir sekali, masukkan keinsafan, kesungguhan dan beberapa potong ketaqwaan.
bila sudah masak (BERJAYA) rasakan dengan kelazatan (HASILNYA). kalau kurang sedap, tambah lagi dengan ketekunan secukupnya.
masak lagi sehingga empuk (PANDAI), kemudian angkat dan biarkan ia sejuk. hidangkan dengan sebuah kebanggaan dan hiasilah dengan sekuntum senyuman.

 

Slmat mencuba.. sumber : syok.org

Monday, September 12, 2011

Temuramah dengan Mat Rooney

Disebabkan kehebatan Mat Rooney ketika ini. Kawe dengan berbesar hati ingin memaparkan satu klip video khas untuk semua peminat Manchester United dan Mat Rooney. 

..layan..


Wednesday, September 7, 2011

Mahu ERA?


ketika sesiapa yang ingin penyampai ERA datang kerumah anda silalah klik link dibawah ini untuk mengetahui lanjut cara-caranya. sekian. semoga kepada yang bernasib baek akan ketemu sama itu penyampai ERA!

http://says.my/budu/era-fm-malay1

Saya mahu kereta ini!


saya mahu ini kereta. teruja tengok kereta ini dijalanan. sangat mantap. tapi apakan daya. kereta ini sangatlah murah harganya. cuma RM188,888.00 sumber paultan. murah bukan. ok! kepada yang rasa sangat murah hati bolehlah bagi ini kereta kepada kawe. amat-amat dialukan. sekian.

bawah nih versi yang telah dimodikan dan sedia untuk dilumbakan. vroom!!!

Volkswagen Scirocco GT24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang