Tuesday, December 18, 2012

Kereta yang sesuai

Kawe berminat nak pakai kereta ini kerana dikatakan kereta nih jimat minyak, maintenance pon ok, dan juga enjinnya yang lasak..

mula-mula, kawe langsung tidak tertarik dengan kereta ini, entah bagaimana ia pun, secara tak langsung, hati den tertarik bila ramai yang syorkan beli kereta ini.. sebelum nih, kawe ado berkenan dengan kereta lain yaitu jeng jeng jeng.. dirahsiakan.. hehehe..

mesti ramai yang terpikir kereta apakah itu. Bagi kawe kereta ini sesuai jika sesiapa yang nak beli kereta terpakai.. ok, jom scroll bawah yea...


tak lain dan tak bukan Toyota Vios.. apa pendapat kalian semua.. setuju tak dengan pemilihan kereta ini sebagai kereta yang ekonomi dan sesuai untuk dimiliki.. Ohh.. ya, kawe katakan ini berdasarkan pemerhatian kawe untuk membeli kereta terpakai dibawah RM40k.. mungkin bagi yang bajet lebih, ado kereta lain yang lebih sesuai, ya dak..

Monday, December 17, 2012

Kepada yang ingin beli kereta terpakai

di bawah nih beberapa tip kepada yang nak beli kereta sama macam gua.. gua pon tengah pening nak beli kereta nih... yang baru ke yang terpakai.. bagi yang terasa atau teringin la nak beli yang terpakai, nah tengok print screen nih.. selamat menlayan-layan..


bagi yang mampu leh je beli kereta baru dan bagi yang tak berapa mampu macam kawe dan tak nak bayar bulan-bulan mahal leh la try ushar kereta terpakai.. sekian sahaja coreta ini..

nak tahu lebih banyak info silalah ke www.fomca.org.my

Wednesday, September 5, 2012

Buat Partition dalam Windows 7



ok sahabat semua, kawe taknak cite panjang, hanya baca je link akan kawe bagi nih.. semua sudah di beritahu sebijik sebijik. so kepada yang tak tahu lagi macam mana nak buat partition dalam windows 7 nih, leh g ke jangan tak klik sini...

kalau dulu, dalam windows XP, seingat kawe lah, nak buat partition mesti kena format dulu.. pehh!!! bukan main susah nak buat partition, lepas tu nak tunggu format tuu siap bukan main lama.. tapi tuu dulu, sekarang nih dalam windows 7, bukan main senang dan sekejap je.. 

kalau tak percaya anda cuba ya.. selamat beramal.

p/s: berani buat berani tanggung ya tapi jangan bimbang, kalau tak berani tanggung risiko kita tidak akan belajar.. so get learn today! yeahhh!!!

Tuesday, September 4, 2012

Samsumg Galaxy Note 2

belum pon reda dengan S III, keluar pulak Note 2.. belum pon lagi reda ketagihan kat S III, kini ketagihan kawe beralih ke Note 2 plok.. walaupun xmampu nak beli, cukup kot sekadar mengikuti perkembangannya.. yeahh!! mana tahu ado rezeki, ada yang baik hati nak bagi, ko guano.. haha.. bunyi kaba phone boleh tahan gempak jugak.. apa kata kita tengok bideo nih reramai.. yeahh!! layann...

Friday, August 10, 2012

Lama

tajuk LAMA???

ada apa dengan LAMA??

LAMA kalau mengikut kamus ialah sesuatu yang lama.. ahaha

sebenarnya kawe lama dah tak update blog ini..

adakah anda semua prasan atau kawe yang terlebih prasan..

sapo lah yang nak baca blog yang entah papo nih kan..

klah, selamat menyambut bulan Ramadhan.. tak lambat ag kot kalau nak ucapkan..


kejar lah malam lailatul qadar... jom kita memperbanyakkan ibadat di bulan yang mulia ini..

pesanan untuk diri hamba dan juga para pencinta blog ini..

assalamualaikum..

Sunday, May 27, 2012

Versus

Versus merupakan rancangan yang disiarkan terus di TV9 setiap hari jumaat.. berlangsungnya di Space U8, TTDI Jaya, Shah Alam.. oleh kerana tempatnya tidak jauh dari umah kawe, sempat lah dua kali kawe pergi tengok secara depan mata.. 

setiap orang pasti mempunyai band kesayangan kan.. tapi sebelum tuu, kawe tak cerita lah rancangan bentuk apa itu Versus nih.. haha.. kepada yang nak tahu lanjut, silap lah google.. malas kawe nok taip panjang-panjaang...


jeng jeng jeng... band feveret kawe semestinya BLACK N PARALLAX.. anda bagaimana pulak.. yang mengeciwakan kawe ialah dua kali kawe p tengok dua kali tuu jugak diorang tak masuk battle.. kawe pelik dengan para pendengar dan pengundi semua, kepada tidak undi diorang.. padahal diorang punyer persembahan meme padu dan juga sangat kejam.. bak kato Faizal Tahir, buka mata, buka minda dan undilah mereka.. kawe cakap gni bukan sebab kawe minat diorang.. tapi sebab diorang meme hebat.. dah terbukti pon.. kamon semua, minggu depan episod akhir.. semua mesti undi BLACK N PARALLAX.. yeahh!!! kalau diorang menang, kena bagi sikit kat kawe sebab kawe telah promote.. haha..

akhir kata, undilah berdasarkan kekreatifviti bukan populariti.

Wednesday, May 16, 2012

‎20 PERKARA 'JANGAN'





1. Jangan sengaja lewatkan solat.
2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
16. Jangan banyak ketawa.
17. Jangan biasakan berbohong.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

kalau diikutkan 20 perkara jangan nih banyak jugak terkena kat kawe.. anda bagaimana.. sama-samalah kito berubah..

semoga entry nih dapat menjadi titik tolak kepada perubahan kita ke arah yang lebih baik, AMIN...

Friday, May 11, 2012

Idam Samsung Galaxy S Advance

tetiba lak terasa nak membeli handphone nih tak semena-mena.. nih sebab kawe p One Utama aritu.. saja jejalan dan kawe pon singgah la kejap kat kedai Samsung.. mencuba godek-godek la mana-mana handphone dengan niat suka-suka la.. tapi kawe tertarik plak dengan S Advance nih.. mende yang paling kawe minat ialah bentuk dio melengkung (curve) dan skrin Super AMOLED.. handphone nih betul-betul menarik hati laa.. itulah kisahnya..


harga lak tak la mahal sangat.. sekarang ni harga RM1299.. menggunakan pemprosesan dual-core.. bagi kawe nih dah cukup power dalam kelasnya.. pada yang terasa nak beli tuu, rasanya ini pembelian yang berbaloi.. dan kepada yang dah beli sila la bagi komen sikit...

Thursday, May 10, 2012

Golongan yang menzalimi diri sendiri

sama-sama kita muhasabah di malam hari.. semoga mendapat sedikit ilmu.. layan je gambar di bawah ini ok.. semoga kita tidak tergolongan di kalangan golongan tersebut... amin..


Tuesday, May 8, 2012

Doa Tidur

Salam kepada semua... jom kita beramai-ramai baca doa sebelum tidur.. kepada yang dah tahu tuu buat-buat tidak tahu sudah.. hihi..


Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan dengan namaMu aku mati

Senangkan dan ringkas tapi padat.. sama-sama kita amalkan.. selamat malam..

Saturday, May 5, 2012

Samsung Galaxy SIII

semua orang sudah ketahui yang Samsung Galaxy SIII telah dilancarkan di London baru-baru ini.. jadi, apa pendapat kalian tentang handphone terbaru ini? bagi kawe, boleh tahan jugak dengan design terbaru ini.. kejayaan Samsung Galaxy SII telah membuatkan Samsung kini telah diminati ramai termasuk kawe.. 


tapi untuk pasaran Malaysia rasanya berkemungkinan pada bulan Jun ini.. pepapun sama-sama kita tunggu bila ianya akan berada di pasaran Malaysia.. semasa di lancarkan di London, harga tidak pula diberitahu.. jadi kemungkinan harga mesti RM2k++ kot.. 

berskrinkan 4.8 HD Super AMOLED pastinya memberikan kejituan yang memuaskan.. SIII juga dikuasakan dengan Android 4.0 ( Ice Cream Sandwich)..

Pasal kamera lak, difahamkan kamera utama hanyalah 8 megapixel iaitu sama dengan SII.. disini kita dapat lihat tiada peningkatan dari segi  megapixel... manakala kamera kedua pula ialah 1.9 megapixel iaitu lebih rendah sedikit berbanding SII yang bermegapixel 2.0.. apa komen anda?

Pasal pemprosesan pula, Samsung menggunakan pemprosesan yang terbaru iaitu pemprosesan empat teras Exynos 1.4GHz Cortex-A9. tidak pasti mutu persembahan pemprosesan terbaru ini.. nanti bila kawe dah beli nanti, kawe akan bagi feedback.. haha.. banyaklah nak belinya..

ok, kalau mahu lebih terperinci anda bolehlah ke laman web berikut yang setiasa menjadi rujukan kawe yaitu Gsmarena dan juga mobile88.

ok, sampai sini saja coretan kawe.. assalamualaikum.. semoga terhibur dan mendapat sedikit ilmu...

rujukan: Malayandroid

Monday, April 30, 2012

Draw Something

nak jadikan cerita kawe dah ketagih main game nih.. huhu.. mula-mula download sebab mende nih kecoh kat internet.. jadi, kawe pon cubo-cubo laa.. mula-mula tuu ok la, masih tak faham lagi main mende nih.. semalam ada la member kawe nih yang ajak main mende nih, terus ketagih.. pehh!!

game nih main teka-teka apa yang dilukis oleh member kita laa.. agak menyeronokkan jugak laa.. walaupun kawe nih memang tak reti melukis tapi kawe kuatkan semangat untuk melukis jugak.. hahaa.. kekadang tuu payah sangat nak lukis, kawe terus taip je.. haha, lagi senang..

sudahkan anda mencuba game ini.. kepada yang belum boleh lah mendownloadnya ke handphone android masing-masing.. untuk iphone dan sebagainya kawe tak pasti, malas nak cek.. haha..

jom jom, sapa teror meh lawan kawe.. yihaa..

meh layan gambar ckit..

ok, kita kena pilih dulu nak lukis apa..


macam nih la..

Saturday, April 28, 2012

The Avengers


Filem ini mesti ramai yang menantikan..
Filem ini telah berada di panggung-panggung berhampiran..
apa tunggu lagi, jom la ke panggung..
menggabungkan beberapa hero dalam satu filem
membuatkan penonton tak sabar dan juga tak senang duduk untuk menyaksikan
tengok apo yang akan jadi..
adakah cerita ini akan kebabom atau sebaliknya..
sama-sama kita tengok..
watak yang mencuri perhatian kawe ialah Iron Man dan The Hulk..
anda bagaimana pula??
tepuk dada tangan la selera..
sedikit mengecewakan hero kegemaran kawe yaitu SUPERMAN,
tiada dalam ini cerita lahh... hahaha..
SUPERMAN nih DC yg punyer la, takkan nak campur sekali kot dengan Marvel..
tak gitu..
so apa lagi, jom ke panggung...

out dulu, solat maghrib..
tunaikan kewajipan kita..

Friday, April 27, 2012

Revolusi Mobile Internet

Suka ambo disini nak cerita tentang mobile internet neh.. sedang elok-elok ambo duk survey pasal broadband nih, jom kito kenali sejarah atau aliran mobile internet nih..


photo diambil dari sini

dapat kita lihat, mobile internet bermula dengan dial-up.. sampailah sekarang nih HSDPA.. lepas ni etah apo lak.. dan itu sajo yang nak disampaikan.. hahaha... semoga terhibur dan mendapat sedikit ilmu.. kalau anda mahu lebih sila tanya pak cik Google.. dia sedia membantu ada 24 jam sehari tanpa henti..

Saturday, March 31, 2012

Doa arwah untuk Ibu



bila nak buat entry ini, teringat plak hamba kepada ibu hamba.. huhu.. semoga entry kali entry bermanfaat dan sama-sama la kita sentiasa berdoa kepada ibu kita.. Hargai dan sayangilah ketika hayatnya dikandung badan..

Ya Allah, sampaikanlah segala pahala bacaanku kepada roh ibuku.. (sebut nama ibu), Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu wahai zat yang Maha Pengasih.

Thursday, February 9, 2012

AKU MAAFKAN KAMU

pehhh!!!! lama tak update blog.. hari nih baru tergerak.. tak nak cakap banyak, just layan video klip ini.. cek kit daout babe!!


OK, video nih kelakar sikit sebab mat jijang ada.. walaupon dio x buat lawak tapi tengok muko pon dah nak gelak.. hahaha.. serius babe!! anyway, video klip nih memang style.. hitam putih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang