Sunday, May 8, 2011

Final UEFA Champion League

rasanya ramai yang sudah tahu siapa gerangan yang akan berentap di pentas final di Wembley pada 28 Mei nih.. xsabar rasanya kawe untuk menantikan saat itu.. jom chek it out team yang terbaek melangkah ke pentas akhir.


FC Barcelona

semua orang sudah tahu barcelona nih dio punyer permainan tersangatlah awesome dan di respect semua kelab di dunia nih.. Lionel Messi merupakan ayam tambatan bagi team nih..


Manchester United

Yeah!!! akhirnya MU berjaya melangkah ke final. bagi kawe, team nih xkurang hebatnya.. dah bermacam-macam kejuaraan telah dirangkulkan. dan anda semua perlu tahu, Datuk Seri Najid Tun Razak merupakan peminat no. 1 Manchester United nih.. Terbaeklah PM kita.. Wayne Rooney merupakan ayam tambatan bagi team ini..

kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. so, jangan miss perlawanan terpenting dan terbaek ini!!!

p/s: pasukan pilihan kawe semestinya MANCHESTER UNITED. anda bagaimana?

Friday, May 6, 2011

Fakta menarik Manchester United melangkah ke final UCL

tahukah anda, ado beberapa fakta ataupun fact yang menarik untuk anda ketahui terutamanya peminat tegar Manchester United sepanjang kejohanan liga Juara-juara. cer tengok, cer tengok semua..

Skuad The Red Devils juga mencipta rekod tersendiri apabila menjadi kelab pertama dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara yang belum pernah dibolosi setiap kali beraksi di tempat lawan.



Pada usia 37 tahun 148 hari, Ryan Giggs muncul pemain tertua menjaringkan gol dalam kancah bola sepak Liga Juara-Juara Eropah apabila menyumbang satu gol ketika membantu Manchester United menewaskan Schalke 04 dalam perlawanan separuh akhir pertama.



Infostrada Sports on Twitter: "Edwin van der Sar has kept his 50th solo clean sheet in the Champions League. No other goalkeeper has achieved this milestone."

Monday, April 25, 2011

Panduan untuk beli laptop

 
1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.



2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.



3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.



4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.



5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.



6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.



7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang