Friday, July 29, 2011

Apa nak jadi nih!

Seperti semua yang sudah sedia maklum, kita terpaksa menerima hakikat walaupun ianya sangat perik, pedih, pahit untuk ditelan.. Akhirnya, HARIMAU MALAYA terpaksa ditunjukkan jalan keluar oleh SINGA celup untuk kelayakkan Piala Dunia 2014.. Sesungguhnya perjalanan untuk menjadi salah satu pasukan paling ganah dan hebat untuk mendakap Piala Dunia masih jauh lagi. Jadikan kekalahan ini sebagai titik tolak kepada kebangkitan pasukan kesayangan kita.

Yang best:
1. APEX, PENJAGA GOL DAN PEMAIN YANG PALING HEBAT DAN BERSEMANGAT BERBANDING PEMAIN LAIN.
2. APEX, PENJAGA GOL TERBAEK MASA KINI!
3. Tak pernah kawe rasa suasana yang sangat hebat di Bukit Jalil.. Dikabarkan hampir 100,000 orang membanjiri stadium. Tahniah kepada semua!
4. Semangat yang ditunjukkan oleh semua penyokong sangatlah hebat.. Kawe ingatkan suasana ini hanya dapat dilihat ketika Kelantan main di pentas akhir untuk merebut macam-macam piala yang dipertandingkan..
5. Yang best hanya banyak berkisarkan sambutan peminat setia HARIMAU MALAYA. Harap suasana ini akan terus berkekalan selamanya..

Yang tak best:
1. Kawe sangat tak puas hati dengan Datuk Raja. Sebelum nih kawe ada meluahkan ketidakpuasan dengan Datuk Raja ini tapi nampaknya dia buat ded je. Apa yang kawe tak puas hati ialah pemilihan kesebelasan utama berdasarkan anak emas atau player yang menjadi kegemeran dia. Datuk Raja langsung tidak mengendahkan pendapat pelbagai pihak. Kenapa masih nak masukkan player sama seperti amar rohidan, ismail faruqi, fakri sasrani, k. gurusamy dan jugak line-up pertahanan. Sebelum nih kawe dah merasakan line-up pertahanan mesti diubah kerana kesemua pertahanan mengalami kemerosotan tapi Datuk Raja degil dan masih menurunkan line-up defend yang sama. Tapi nasib baek ado Apex, kalau tak banyak bijik jugak lah bolos. kawe pun tak faham dengan Datuk Raja nih.
2. Kenapa Khairul Fahmi Che Mat (Apex) sahaja pemain Kelantan diturunkan kesebelasan utama. Ini bukan bersifat kenegerian cuma buat masa ini pemain-pemain Kelantan tengah perform dan merupakan Juara Liga Super 2011. Kalau ikut logik, sepatutnya kesebelasan utama semestinya ramai daripada pemain Kelantan kan. Yelah, tak kanlah Kelantan boleh jadi juara kalau pemain main macam hamapeh kan..
3. Kawe lagi heran kenapa nak dimasukkan K.Gurusamy berbanding Baddrol Baktiar atau Shakir Shaari. Hebat sangat ke K. Gurusamy tuu?
4. Tambah-tambah heran pulak, kenapa nak dimasukkan Fakri Saarani? kawe sebelum ini tengok pemain Fakri dengan N. Sembilan pon tak menjadi mana. kenapa nak simpan lagi player macam nih? kenapa datuk? lupa, pemain kesayangan katakan.. Please Datuk, pilih player berdasarkan prestasi semasa. Tolonglah!
5. MALANG BUAT SKUAD THE RED WARRIORS, WALAUPUN GAH DENGAN JUARA PIALA MALAYSIA, JUARA LIGA SUPER, JUARA PIALA SUMBANGSIH DAN NAIB JUARA PIALA FA masih belum mampu membantu HARIMAU MALAYA! yang ada pun sekadar menjadi skuad pemerhati sahaja.
6. Pada pandangan kawe, player Kelantan patut boikot je Datuk Raja kalau pemain diletakkan dibangku simpanan sahaja dan hanya digunakan time perlawanan persabahatan sahaja. kamonlah Datuk!

‎"ketiadaan NORSHAHRULamat dirasai,
ketangkasan APEK bkn tndingan SHARBINI,
tiada ape drpd ABDUL HADI,
masuknya FAKRI mnyakitkan hati,
kpincangan prtahanan kerap terjadi,
perjuangan HARIMAU sdah pn mati,
kini SINGA brgembira menari,
K RAJAGOPAL, APA SUDAH JADI,
ke mana perginya SHAKIR SHAARI,bgitu juga RIZAL FAHMI,
bkn brcakap kerana NEGERI,ini dilihat melalui PRESTASI.. ......" petikan daripada fb.

“Ismail, saya tak rasa dia beraksi buruk, dia masih baru dalam pasukan ini, kita tak boleh judge dia dalam 1 match, terus kata tak bagus, dia ada skill, kreativiti, kita harus bagi dia peluang, saya yakin dia boleh pergi lebih jauh, sama ada national team, mahupun bersama Terengganu, dan Amar dia tetap steady seperti biasa..”.
Mengambil kira kata-kata Rajagobal, kemampuan seseorang pemain tidak boleh dinilai melalui 1 perlawanan, penulis juga ingin bangkitkan persoalan, apakah kriteria yang dilihatnya yang ada pada Ismail Faruqi, yang meyakinkannya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, berbanding Ashaari, Baddrol dan Shakir, yang lebih lama bersama pasukan?
-suarasukan1mas



salute sama itu penyokong!
Bila dia bolos dengan Liverpool 5 gol, orang kritik dia, bila Sharbini bolos 5 gol dengan singapura, pun kena kritik, so lebih adil saya komen prestasi dia malam ini..”. – Datuk K.Rajagobal. ADA KE NAK BANDINGKAN APEX TIME LAWAN LIVERPOOL HARITU. KENA INGAT LIVERPOOL PLAYER SEMUA WORLD CLASS DAN GOL PON WORLD CLASS, LAGIPUN ITU HANYA PERLAWANAN PERSABAHATAN Je. Tolonglah Datuk!


meme terbaik arh apek smalam!!!aksi beliau sgt memukau dan mengagumkan!!!apex membuktikan bahawa malaysia mempunyai keeper terbaik di rantau asia tenggara!!malah di asia satu hari nanti!!!!insyaallah...



nih baru sorang pemain THE RED WARRIORS (TRW), kalau lagi ramai rasanya perlawanan semalam mungkin menjadi milik kita. sekali lagi ini bukan nak cakap negeri kawe ini hebat tapi semuanya telah terbukti. Pemain TRW sudah biasa main dengan ramai peminat, sudah terbiasa dengan tekanan dan sudah biasa dengan kekecewaan tapi kenapa datuk, kenapa tak nak ambik peluang nih guna sebaik-baiknya pemain TRW yang tengah onform nih. kamon datuk!


Rating Players tengok sini rating setiap player yang dibuat oleh ore putih aka mat salleh. dan pastinya anda akan terkejut siapa dapat rating paling tinggi.

dan sebelum kawe menutup bicara ini, disini kawe sediakan satu video khas yang didikasi kepada hero pada malam itu. bangga campur sebak tengok video ini. selamat menonton!



ni satu lagi wira yang tak dapat beraksi, lagi sebak gua tengok.. huhu..

pesanan kawe: walaupun kawe kondem dan kritik Datuk Raja, niat kawe satu je, nak tengok bolasepak kita maju dan setanding atau lagi hebat dari kuasa-kuasa besar bolasepak macam Sepanyol, Belanda Brazil dan lain-lain.. 

3 comments:

  1. jangan la kutuk dato raja.. aku rasa la banyak banyak jurulatih di malaysia yang boleh bawa malaysia mara jauh ialah dato raja la. yang lain hampeh... lagi 1 la malam tue berbanyak penyokong yang datang ada la segelintir penyokong sial yang datang... nak tau sapa dia jeng jeng jeng penyokong yang di kenali sebagai menteri hampeh. sial punya menteri... masa dulu taknak datang tapi last minit tau jualan tiket habis baru terkejar nak datang .. aku rasa la kalau di ajukan soalan berkaitan bola sepak tentu menteri tu tak leh jawab... biasa la menteri malaysia buat kepala tau ajer... korang bayang lah jikalau malausia menang malam tue berkoyan koyan imbuhan dan habuan yang menjelma dari menteri menteri tue... biasa lah nak nama katakan tapi dah kalah buat dek ajer la... itu lah adat menteri malaysia. ada nama boleh jual baru melibatkan diri jikalau tak ada hampeh buang dalam tong sampah ajer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang