Wednesday, September 21, 2011

Pemain yang terpilih untuk aksi menentang Australia

Semua sedia maklum, semalam didada akbar ada menceritakan tentang senarai pemain yang akan berdepan aksi perlawanan persabahatan dengan Australia. Satu perlawanan kelas A dan patut digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain untuk mempelajari skill-skill ataupun taktik pemainan yang di pamerkan Australia.


dan yang paling penting HARIMAU MALAYA MESTI MENANG!!!

Itu harapan kawe dan mungkin harapan seluruh 1Malaysia walaupun perlawanan tersebut sekadar perlawanan persabahatan.

Tapi daripada senarai tersebut, Rajagobal telah menyingkirkan pemain tengah iaitu Safiq Rahim. Bagi kawe, Safiq kalau main dengan Selangor mungkin kurang power tapi kalau main untuk Harimau Malaya mesti power! tapi itu semua pencaturan Rajagobal. Terserahlah, kita tengoklah pe jadi nanti. kat bawah nih kawe sediakan senarai pemain yang terpilih. Kepada yang terpilih, sila bermain bersungguh-sungguh dan tunjukkan kehebatan kita! MAKE US PROUD!!!

Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail
Kelantan
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhaimeen
Kedah
Farizal Marlias, S.Kunalan, Norhafiz Zamani Misbah
N.Sembilan
Asrarudin Putra Omar
Selangor
Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad
Terengganu
Shahrom Kalam, Norazlan Razali, Yong Kuong Yong
Kuala Lumpur
Shahrizal Saad
Johor FC
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam, Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari
Harimau Muda
K.Rubben
UKM
Safee Sali
Pelita Jaya

Piya!

Rasanya belum terlambat kawe nok post pasal midfielder The Red Warriors [TRW] atau jeneral yang merangka serangan ke kubu lawan iaitu Mohd Badri Mohd Radzi aka PIYA!

Tak kisah anda peminat bolasepak atau tidak, penyokong TRW atau tidak, awok-awok semua sepatutnya mengetahui kehebatan PIYA nih.. haha.. ayat macam poyo je lebih..

Bukan nak cakap apalah tapi pada malam TRW lawan Sarawak hari itu, Piya telah menjadi during dalam daging untuk memecah kebuntuan mendapatkan gol.. punya la liat Sarawak nih, minit ke 81 baru leh sumbat gol. Itu pun hasil gerakan Piya yang memperdayakan defend Sarawak. Welldone boh! dan untuk 3 gol berikutnya semua hasil sentuhan Piya. Through Pass yang kemah and power daripada Piya membolehkan NorShahrul Idlan Talahan menambah derita Sarawak dan jugak Daniel Fadzly.

Malam itu memang malam PIYA. tapi itu lah, Piya nih dia punyer permainan tak berapa nak konsistenlah.. Kalau konsisten mungkin dapat menjadi player yang akan digeruni dan mana tahu dapat menarik hati Rajagobal ataupun Cardiff City. Siapa tahukan.


Kamon PIYA, teruskan prestasi dan konsistensi yang terbaek yang telah anda tunjukkan semasa melawan Sarawak hari itu.
PiYA boleh! TRW boleh! Kelate boleh!!

Rahsia Berjaya



Bahan-bahan nya

Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
Sebuah ketekunan (diparut kerajinan)
4 hiris keinsafan (dimayang)
4 keping kasih sayang
Beberapa potong nasihat
Beberapa potong Dada
Sedikit dendam dan hasad dengki (dihancur dan dilumatkan)
secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
segenggam harapan
1/3 air mata
semangkuk azam
sekuntum senyuman (untuk hiasan)
beberapa helai kesyukuran



Cara-caranya

buku dipotong 5, dibasuh dan ditoskan, gaulkan buku dan azam. biarkan sebati kedua-duanya.
ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter kesungguhan dan 2 liter usaha
keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama sehingga sebati.
tapiskan air mata dan tumiskan keinsafan, goreng sehingga naik baunya dan sehingga menimbulkan kesedaran.
kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi, kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
masukkan pula buku dan campuran dengan usaha, kemudian didihkan.
tambahkan pula dengan kerajinan dan malas yang telah digoreng dan ditumbuk halus serta dendam dan hasad dengki yang sudah dilumatkan.
akhir sekali, masukkan keinsafan, kesungguhan dan beberapa potong ketaqwaan.
bila sudah masak (BERJAYA) rasakan dengan kelazatan (HASILNYA). kalau kurang sedap, tambah lagi dengan ketekunan secukupnya.
masak lagi sehingga empuk (PANDAI), kemudian angkat dan biarkan ia sejuk. hidangkan dengan sebuah kebanggaan dan hiasilah dengan sekuntum senyuman.

 

Slmat mencuba.. sumber : syok.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang