Friday, December 24, 2010

ULTRAS MALAYA



adakah anda mengetahui apa itu ULTRAS MALAYA? ULTRAS MALAYA (UM) sebenarnya dah lama wujud.. namun akhir-akhir nih jer UM menjadi sebutan dikalangan peminat-peminat bola tempatan.. ini semua angkara Piala AFF Suzuki... ketika Malaysia vs Vietnam di peringkat separuh akhir pertama di Bukit Jalil, kelihatan di suatu sudut telah menarik perhatian semua pihak dan keadaan suasana didalam stadium sangatlah meriah dan dahsyat.. Seriusly, kawe sebelum nih pun tak pernah tahu akan ULTRAS MALAYA nih.. tapi selepas tengok perlawanan menentang Vietnam tempoh hari, dimana stadium dipenuhi flare dan nyanyi yang tak henti-henti buat kawe tertarik untuk mengetahui penyokong apakah itu.. Sememangnya UM telah membangkitkan semangat juang pasukan dan mempamerkan aksi yg begitu hebat sehingga berjaya mengalahkan Vietnam 2-0..
Sekali lagi UM akan beraksi setelah pasukan Malaysia telah berjaya melangkah ke peringkat akhir menentang Indonesia.. kawe percaya mesti semakin ramai penyokong UM nih dan semakin padulah sokongan utk pasukan kita, MALAYSIA.. Hope pasukan dapat mengatasi indonesia dengan jaringan gol yang besar cam 5-0.. itu semua tak mustahil..
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
dekat bawah nih kawe selitkan sedikit sejarah ULTRAS nih.. selamat mendapat ilmu..
Ultras adalah sekumpulan atau community penyokong fanatik dalam sesuatu jenis sukan. Lazimnya, kumpulan ultras terdiri daripada sebahagian besar pengikut bola sepak Eropah. Identity dan kecenderungan kumpulan ultras boleh dilihat dari segi pengunaan suar (flare) terutamanya dalam koreografi Tifo, sokongan vocal yang kuat dalam kelompok yang ramai, dan sentiasa mempamerkan serta mengantung banner yang mengandungi mesej-mesej tertentu di stadium. Perilaku ini khususnya untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi pada pasukan mereka dan juga untuk menghadirkan rasa gerun pada pemain lain dan juga penyokong lawan.
Di Eropah dan juga Amerika Latin amnya, perilaku kumpulan ultras ini adakalanya terlalu ekstrim dan kadang-kadang dipengaruhi oleh ideology politik atau perkauman. Dalam beberapa kes, sokongan terhadap pasukan yang disokong hanyalah bersifat sokongan sampingan di sebalik tujuan sebenar pergerakkan ultras tersebut. Pada dekad kebelakangan ini, budaya ultras ini telah menjadi titik tolak bagi gerakan menentang komersialisasi sukan khususnya dalam sukan bola sepak. Istilah “Ultras” berasal dari bahasa Latin “Ultra” yang bermaksud di luar, yakni yang menjurus keghaiharan dan semangat diluar norma (Dictionary.com, 2010)
sumber : ultrasmalaya.net
jom layan sedikit gambar ULTRAS MALAYA nih!!!


ni time Malaysia vs Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 di
Stadium Bukit Jalil.

2 comments:

  1. kalau nak tgk bola kat stadium ,duduk blkg ultras.nampak asap ler...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang