Thursday, December 9, 2010

update! Piala AFF Suzuki 2010


Separuh Akhir Pertama
MALAYSIA vs VIETNAM
15 Disember 2010
Stadium Bukit Jalil

Syukur alhamdulillah, akhirnya skuad Malaysia dapat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah membelasah Laos dengan 5-1.. Kita seboleh tidak menjadikan Laos sebagai ukuran kekuatan skuad kita tapi apa yang kita harapkan mutu permainan skuad Malaysia akan meningkat dari semasa ke semasa.. Laos bukanlah lawan yang boleh dikatakan hebat, so pasukan Malaysia perlulah berusaha dengan lebih gigih untuk terus ke peringkat akhir.. Lupa lak, kejayaan Malaysia layak ke separuh akhr ini dibantu jugak oleh kemenangan Indonesia.. Terima kasih Indonesia kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membuat pakatan dengan Thailand seperti mana yang dibimbangi oleh seluruh warga negara Malaysia..
TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH...

Mengulas perlawanan separuh akhir yang akan bertemu dengan Vietnam, pasukan Malaysia tentu sekali kena berjuang habis-habisan kerana apa yang kawe tengok perlawanan diantara Vietnam vs Singapura, Vietnam telah menunjukkan prestasi yang cukup tinggi.. Dimana walaupun bermain seramai 10 orang tetapi dapat mengekang asakan yang bertali arus oleh pasukan Singapura.. Begitulah hebatnya skuad Vietnam buat masa ini.. dan x mustahil Malaysia dapat menewaskan Vietnam dengan adanya pemain-main kita yang hebat seperti Khairul Fahmin Che Mat, Nor Sharul Idlan talaha dan rmai lagi.. Berusahalah pasukan Malaysia, buat kami menjadi rakyat Malaysia..

akhir kata.. jangan lupa pergi Stadium Shah Alam beramai-ramai.. yuhuuu!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang