Thursday, September 22, 2011

RASA KECIWA


Ya! Semestinya semua yang bekerja, penganggur, dan sewaktu dengannya semalam bersesak-sesak untuk balik awal ke rumah masing-masing sebelum pukul 7 bukan. Yang biasa balik lambat, tiba-tiba balik awal. Kenapa ya? Ya semuanya tak sabar untuk menyaksikan aksi pra kelayakan olimpik antara Malaysia dengan jepun. Ya! Kawe sendiri pun tak terkecuali. Aktiviti bermain badminton selepas waktu kerja terpaksa diberhentikan gara-gara mahu menyaksikan perlawanan tersebut.

Otw balik, kelihatan semua kedai-kedai makan sudah dipenuhi manusia yang penuh nafsu dan harapan untuk melihat skuad harimau muda mencipta kejutan di Stadium Tosu.

Ya! RASA KECIWA terbit dihati kawe dan mungkin juga kepada semua perchenta  bolasepak. Kekeciwaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata ketika menyaksikan perlawan tersebut. Beberapa perkara yang membuatkan perasaan itu terbit dihati:-
  1. Permainan yang sangat jauh berbeza antara Malaysia dengan jepun.
  2. Terlalu mudah kehilangan bola.
  3. Suka main passing jauh tapi hantaran tak tepat. (mungkin taktikal jurulatih) .
  4. Kegugupan terpacar setiap pemain.
  5. Suka clear bola ikut suka hati.
  6. Dalam masa 90 minit tempoh permainan, hanya satu sahaja percubaan yang kawe rasa bahaya.
  7. Short passing entah pape.
  8. Kurang skill individu.
  9. Akhirnya sekali, kawe rasa kurangnya keyakinan yang ditunjukkan dan mungkin sedikit gugup berjumpa dengan abam-abam Nippon.
Walaupun bagaimanapun kawe masih berpuashati dengan permainan yang ditunjukkan oleh semua pemain. RASA BANGGA tetap terbit dihati ini selepas tamat perlawanan. Yela, Jepun hanya dapat 2 gol je, sekurang-kurang tiada kenduri gol. Didada akbar hari ini ramai yang puji APEX! Thanks APEX! kalau bukan APEX mungkin Harimau Muda kalah teruk!


Papepun, harapan kawe selepas ini, pemainan skuad olimpik kita akan diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. Pada pendapat kawe lah kurang keyakinan terhadap diri setiap pemain Malaysia lah yang menyebabkan bola selalu terlepas, passing tak sampai dan skill tak buat. Boleh tengok berapa kali je skill yang dapat ditunjukkan oleh skuad kita.

Kamon Harimau Muda! Tingkatkan keyakinan, tingkatkan prestasi. Buktikan Malaysia boleh! Berjuanglah sehingga ketitisan terakhir, macam nak pergi ke medan perang je. Ya! Semangat macam itu perlu ada sebenarnya. Ayuh! Lupakan kekalahan, bangkit melawan! tidak mustahil impian untuk layak ke Olimpik 2012 akan tercapai!

Make Us Proud!

1 comment:

  1. sbb terlalu yakin dan riak.... cube kate insyaallah menang.... ni tak... tulis mesti menang le gomo la... apadaaaaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang