Sunday, August 1, 2010

Harapan Kelantan punah

Kelantan turun pada perlawanan semalam dengan penuh harapan supaya dapat mengutip mata penuh semasa turun menentang Johor FC di Stadium JCORP, Pasir Gudang.. Kemenangan dapat dicapai namun kegagalan Terengganu menewaskan Selangor menyebabkan peluang Kelantan untuk menjuarai liga super terkubur dan Selangor telah dinobatkan sebagai juara liga super musim 2010 ni.. Perbezaan 5 mata diantara Kelantan dan Selangor tidak dapat dikejar lagi sekiranya Kelantan menang dan Selangor kalah pada perlawanan akhir liga super..

Seluruh rakyat Kelantan berasa sedikit kecewa tetapi tetap bangga dengan pencapain Kelantan yg berjaya menduduki tangga kedua liga super musim ini..

Misi untuk menjuarai liga super sudah pon berakhir, kini tinggal satu lagi piala yg perlu dikejar oleh skuad yg dikenali sbgai The Red Warriors iaitu Piala Malaysia.. Diharap Kelantan dapat mengenggam Piala Malaysia sebagai pengubat kegagalan menjuarai liga super..



Gomo Kelate Gomo!!!!

Kekalahan Man. United keatas kelab lamo Javier Hernandez, Chivas Guadalajara

Manchester United kalah pada aksi pra musim melawan Chivas Guadalajara iaitu merupakan kelab lama Javier Hernandez. Ini merupakan kekalahan kedua Manchester United dalam siri jelajah pra musim Amerika Utara. Sebelum ni Manchester United kalah 1-2 kepada Kansas City tetapi bangkit mengalahkan MLS-All Star dengan jaringan 5-2. iSalah satu jaringan dihasilkan oleh pemain muda dari Mexico iaitu Javier Hernandez. Pembelian bijak Manchester United keatas pemain ini telah menjimatkan berjuta-juta ringgit kerana harganya selepas Piala Dunia 2010 naik mendedak kerana prestasinya ketika beraksi di pentas antarabangsa..


Chicharito dengan jersi Chivas pada separuh masa pertama dan tukar jersi pada separuh masa kedua dengan jersi kelab barunya iaitu Manchester United..

Pada aksi menentang kelab lama Javier Hernandez, dia telah meyumbat gol pertama untuk kelab nya itu.. Pada separuh masa kedua, dio meyarung jersi Manchester United tetapi gagal membantu kelab baru nya itu.. Pemain yang baru dibeli oleh Alex Ferguson iaitu Chris Smalling daripada Fulham telah menyumbat gol pertamo buat kelab barunya itu.. Gol kedua lak dijaringkan oleh pemain Portugal iaitu Nani..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang