Sunday, August 1, 2010

Harapan Kelantan punah

Kelantan turun pada perlawanan semalam dengan penuh harapan supaya dapat mengutip mata penuh semasa turun menentang Johor FC di Stadium JCORP, Pasir Gudang.. Kemenangan dapat dicapai namun kegagalan Terengganu menewaskan Selangor menyebabkan peluang Kelantan untuk menjuarai liga super terkubur dan Selangor telah dinobatkan sebagai juara liga super musim 2010 ni.. Perbezaan 5 mata diantara Kelantan dan Selangor tidak dapat dikejar lagi sekiranya Kelantan menang dan Selangor kalah pada perlawanan akhir liga super..

Seluruh rakyat Kelantan berasa sedikit kecewa tetapi tetap bangga dengan pencapain Kelantan yg berjaya menduduki tangga kedua liga super musim ini..

Misi untuk menjuarai liga super sudah pon berakhir, kini tinggal satu lagi piala yg perlu dikejar oleh skuad yg dikenali sbgai The Red Warriors iaitu Piala Malaysia.. Diharap Kelantan dapat mengenggam Piala Malaysia sebagai pengubat kegagalan menjuarai liga super..



Gomo Kelate Gomo!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang