Tuesday, June 14, 2011

Review Final Piala FA

Assalamualaikum..

Hari ini kawe berasa nak update belog kawe tapi pasal pe? Ce teka ce teka..

Entry kali ini yang boleh dikatakan entry sedih plus pedih. Seperti yang semua sudah maklum, Kelantan tewas kepada Terengganu dalam perebutan Piala FA.

Ok, kalau dah menang tuu menang la kan. Tapi apa yang xbest kali nih ialah, cara yang dimenangi Terengganu lain macam sikit.

Apa yang lain macam tuu. Semua tergaru-garu bukan, haha. Yang lain macam ialah, disaat Kelantan  hendak memperolehi kemenangan mutlak, tertiba dirobek oleh gol sendiri. Lain macam bukan. Bayangkan semua penyokong dah merasakan kemenangan berpihak kepada Kelantan tapi itulah, selagi belum tamat masa, apa-apa pun boleh berlaku. Bak kata pepatah, Bulat itu bola. Betul ke?


Serius, kawe masa nih dah rasa sangat keciwa dan of course, pemain lagilah down diorang punyer mental.  Dan gol sendiri telah  dijaringkan oleh saudara Daudsu. Serius kawe cakap, kawe langsung xsalahkan Daudsu. Tapi masa dalam stadium tuu memang kawe rasa Daudsu makan duit haram. Tapi bila tengok balik jaringan itu sememangnya bukan dia sengaja. For me, DAUDSU is still the best defender!

Inilah bola sepak. kadang –kala ianya sangat kejam untuk diterima akal kita dan sangat pahit untuk ditelan.
Namun bagi kawe, semua ini menguatkan lagi semangat kawe untuk terus menyokong dan berdiri teguh dibelakang THE RED WARRIORS, gelaran yang terbaek untuk Kelantan. Anda baganimana?
Kalau dah tiada luck tuu, buat macam mana pun akan kalah jugak. So kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan, sokonglah pasukan bolasepak anda disaat jatuh bangun pasukan kita. Disaat inilah kita sama, memberi full support kepada semua player Kelantan. Sesungguhnya THE RED WARRIORS mempunyai penyokong yang terbaek dan fanatik. Dan mende ini tiada dinegeri lain, hanya di Kelantan sahaja. Ini kerana Kelantan main je di mana-mana, tak penuh, separuh pun penyokong Kelantan tetap ada. Secara tidak langsung iannya memberi sinar cahaya dan nafas untuk  bolasepak Malaysia.

Kekalahan Kelantan jugak memberi impak yang sangat besar. Sampaikan yang tak minat bola sepak langsung ataupun xtahu pa-pa pasal undang-undang bola sepak sibuk je nak bikin panas kawe.  Haha.  Tapi apa yang xbest, ado yang cakap-cakap sumbat kawe dengar kat pejabat tadi. Mende ini berlaku di tempat kerja kawe, semua duk memerli kawe dan ada jugak yang ada darah Kelantan tapi langsung tak ngaku Kelantan dan melabelkan penyokong Kelantan poyo. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa tentang bolasepak, bila Kelantan kalah baru nak bising. Orang macam nih baik di lupuskan sahaja, haha. Dan tuduh kawe bangga sangat dengan team Kelantan, well of course kawe bangga, sapa tak banggan tengok negeri kelahrirannya menjadi salah satu kuasa baru bola sepak Malaysia. Dan kawe memang minat sangat tentang bolasepak, tak kiralah time menang atau kalah.


Semoga THE RED WARRIORS will be the best team in the world. Opps! World nampak macam melampau sangat, cukuplah sekadar di Malaysia dulu.

Yang penting, HANYA SATU TEAM YANG ADA DIDADA KAWE, THE RED WARRIORS. SELAMANYA..
Tan Sri Annuar Musa
"SAYA tdk bina Trw dr keagungan Dan KEJAYAAN.kita bina Trw dr kegagalan.kegagalanlah yg membakar semangat juang kita Selama ini.Kita sedar ada yg hnya mahu berpesta atas kejayaan semata2 Tp tak mahu berkorban utk mbina kejayaan.itu lumrah.KEJAYAAN TIADA PENGHUJUNGNYA..SEKALI GAGAL SERATUS KALI KITA BERUSAHA..itulah resipi kita.parlahan2 kita menjadi JAGUH Asia.Trw akan terus menggegar dunia bola"

5 comments:

  1. AKU BKN NK CKP APER... KELANTAN DH KENE SUMPAHAN XLEY DPT KOT... SO CER TRY PIALA LAIN LAK....

    ReplyDelete
  2. bulat itu bola. pa-pa leh berlaku. aku trima dgn redha. yeah!

    ReplyDelete
  3. Releks bro.. Jatuh hari ni x bermakna jatuh selamanya. Apa2 pun hope Liga Super milik TRW.

    ReplyDelete
  4. the red warriors tetap hok terbaik! kok2 mano pon male tu meme x dop rzki kito...i'allah, piala hok lain kito buleh wat kelik...TRW akn jd JAGUH ASIA...i'allah....

    ReplyDelete
  5. anony- jolo boh, kito keno rilek jer. hope kekalahan ini sebagai pencetus kemenangan akan datang. hok tu gerenti doh boh.
    qieyss- hok tu la, kalau doh xdok rezeki kok2 lagu mano pon xwat jgak. hok ptg TRW bgn balik and fight back. yeahh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang