Tuesday, June 28, 2011

THE RED WARRIORS CLUB

selepas baca dari Portal Rasmi KAFA
apa yang dapat kawe ungkapkan disini, bolasepak Kelantan bakal mencipta sejarah lagi.
yelah, sebelum ini mana ada idea macam nih dibuat kat mana-mana kelab negeri.
hanyalah di negeri Kelantan jer. serius, kawe berasa bangga sebagai anak jati Kelantan.
apakah idea nyer? adakah saudara tahu?
kalau sudah melayari portal rasmi KAFA sudah pasti anda semua tahu apa yang saya bicarakan ini.

idea ini datang dari Ketua Pegawai Eksekutif MSL Mr. Stuart Ramalingam
yang mana beliau melihat penyokong Kelantan nih sentiasa memenuhi stadium dan sangat aktif!
penyokong mana yang dapat menyaingi kehebatan penyokong Kelantan.
bayangkan sejak Kelantan melayakkan diri dipentas akhir sekitar tahun 2009 hingga kini, kompem satu negeri akan berkumpul dan sanggup datang dari jauh ke bukit jalil semata-mata hendak menyokong pasukan kesayangan mereka.
dan disebabkan itulah penyokong Kelantan telah dilabelkan sebagai  
Penyokong Paling Bernilai.
Tahniah.. Tahniah.. Tahniah..
buat semua penyokong setia THE RED WARRIORS.


idea nyer ialah dengan menggabungkan semua kelab-kelab penyokong bolasepak Kelantan bergabung menjadi "THE RED WARRIORS CLUB"
bayangkan kalau satu stadium ado rentak dan irama yang sekata macam kita tengok di kelab-kelab luar negara macam Manchester United, Real Madrid dan lain-lain pasti gempak bukan.
dan pastinya juga buat pihak lawan gerun nak bertemu dengan Kelantan.
 semestinya satu atmospera yang dahsyat juga berlaku bukan.

akhir kata, sama-sama kita nantikan mende ini menjadi satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang