Friday, November 4, 2011

Khairul Fahmi mahukan kritikan membina

Our Hero

Semua sedia maklum isu gambar kontroversi Apek telah menjadi kecoh dan telah ditegur oleh Mufti Kelantan. Apek kali nih tampil dengan kenyataan terbaru. Cek kit daout.

"Tapi bagilah kritikan membina: Khairul Fahmi
KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.
“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.
“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.
Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.
Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.
“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini."

kredit to: kelate.net


Ya! jom ramai-ramai kita support Apex aka Hero Harimau Malaya nih. Semoga dia menjadi tangkas bak Harimau Malaya di Sukan Sea 2011 ini.. Semoga kontroversi nih membuatkan Apek menjadi lagi matang dan makin power di kejohanan tersebut. Yeah!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang