Thursday, November 3, 2011

Khairul Fahmi Che Mat dah kena tegur


 Tak pasal-pasal Khairul Fahmi Che Mat kena tegur dengan Mufti Kelantan. Pe nak jadi dengan Apek nih.. Lu bukan Apek = cina punya ore yang boleh pergi tempat-tempat yang penuh dengan arak or minum bro. Walaupun lu dah menafikan akan tetapi orang still sangsi sama lu. Lu dah jadi role model dan jugak idola kepada anak-anak muda sekarang nih. Mungkin ini kesilapan Apex, so lepas mintak lebih berhati-hati dan berubah la sikap tu kalau nak orang ramai sanjung dan respek sama lu. Kawe nih pon peminat lu tapi bila jadi macam nih makin lama makin kureng 'kerespekan' kawe kat lu. Dulu elok-elok tunang dengan elia, ko gedik nak cari yang seksi meksi nih. Ingat Apek, duniawi je semua tu. Sedap tul kawe duk menasihat Apex. haha. Nasihat ini jugak untuk diri kawe dan jugak untuk orang yang sudi baca blog ini. kat bawah nih petikan dimana Apek ditegur oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed. cek kit daout.

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.




Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. 

kredit to: myMetro 
artikel sebelum nih : tekan sini

so Apex, hope lepas nih tiada lagi kontroversi yang bisa menganggu gugat karier dan jugak pretasi  sebagai penjaga gol terulung negara. Yeah!

1 comment:

  1. ini semua fitnah... ore bodo jah buley oyak g2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang