Wednesday, November 2, 2011

Khairul Fahmi Che Mat jawab pasal isu gambar









sudahkan anda melihat gambar seperti diatas. Kalau belum anda anda semua meme ketinggalan zaman la.. sangat menyedihkan. Ya. meme gambar nih telah mencetuskan isu hangat kepada Apex aka keeper hebat THE RED WARRIORS dan jugak wira HARIMAU MALAYA. Dibawah nih, Apex mempenjelaskan serba sedikit pasal isu gambar tersebut. cek kit daout!


KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.
Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.
“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.
“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar,” katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.
Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.
“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar,” katanya.
Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.
“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.
Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi),” katanya.
Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia.

kredit to: kelate.net

so macam ner. nak percaya ke tak? hanya Allah sahaja yang tahu. Apex oh Apex. Jauhi la tempat-tempat macam tuu.. Pesanan ikhlas daripada Kawe yang sangat prihatin terhadap player-player THE RED WARRIORS!



4 comments:

  1. tempat2 maksiat dan gadis2 separuh bogel....ishk3...pelik manusia loni hok dose tu jugop hok dio nop..baso gom

    ReplyDelete
  2. xtahu la.. mcm ner nk respek apex lepas nih. buleh hok molek doh gatal nok cari hok gedik gini. apek oh apek!

    ReplyDelete
  3. huhuhuu...kdg2 manusia terlalu mengejar keseronokan dunia...tu hok jd gtu tu...

    ReplyDelete
  4. org kejutan budaya ni..awal2 dulu kaut agama,brkasih pn dgn pmpuan elok,skrg ni?arak yg di dekat,pmpuan2 yg tngu kt pntu neraka cm ni yg dicari..pelik2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang