Monday, November 14, 2011

Selamatkan Komputer Dari Wabak Virus


Jom kita tengok cara-cara untuk memastikan komputer kita dijauhi anasir-anasir virus yang akan menyusahkan dikemudian hari. cek kit daout.

1. Install anti-virus software - Perkara yang paling utama anda lakukan ialah selepas memiliki komputer anda ialah dengan menginstall anti-virus software. Terdapat pelbagai anti-virus yang percuma ataupun berbayar seperti Karpersky, Nod32, Avira dan lain-lain lagi. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

2. Install anti-spyware dan juga anti-malware - Step kedua, anda juga perlu menginstall anti-spyware dan anti-malware. Walau bagus macam mana pun anti-virus, kekadang anda memerlukan software ini. Software yang bagus seperti Spybot Search and Destroy and CCleaner. Anda boleh download di filehippo.com


3. Elakkan website yang diragui - Anti-virus yang bagus biasanya akan memberi amaran jika kita buka sesuatu website yang mengandungi virus. Tetapi jika tiada maran diterima, website yang biasanya tidak biasa kita lihat dan berunsur lucah kebanyakkan mempunyai virus. So pandai-pandailah.


4. Setkan automatic scan - Dengan cara ini juga dapat memastikan komputer anda akan sentiasa bebas wabak virus.


5. Updates - Step terakhir, sentiasalah anda rajin-rajin mengupdates anti-virus dan juga anti-spyware anda. Kalau tak updates bimbang ada virus baru yang tak dapat didetect oleh anti-virus anda. Anda juga dinasihatkan mengupdate windows.


untuk lebih info sila ke : TechToGeekz

Friday, November 4, 2011

Khairul Fahmi mahukan kritikan membina

Our Hero

Semua sedia maklum isu gambar kontroversi Apek telah menjadi kecoh dan telah ditegur oleh Mufti Kelantan. Apek kali nih tampil dengan kenyataan terbaru. Cek kit daout.

"Tapi bagilah kritikan membina: Khairul Fahmi
KHAIRUL Fahmi Che Mat memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.
“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.
“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.
Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.
Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.
“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini."

kredit to: kelate.net


Ya! jom ramai-ramai kita support Apex aka Hero Harimau Malaya nih. Semoga dia menjadi tangkas bak Harimau Malaya di Sukan Sea 2011 ini.. Semoga kontroversi nih membuatkan Apek menjadi lagi matang dan makin power di kejohanan tersebut. Yeah!!!

Thursday, November 3, 2011

Khairul Fahmi Che Mat dah kena tegur


 Tak pasal-pasal Khairul Fahmi Che Mat kena tegur dengan Mufti Kelantan. Pe nak jadi dengan Apek nih.. Lu bukan Apek = cina punya ore yang boleh pergi tempat-tempat yang penuh dengan arak or minum bro. Walaupun lu dah menafikan akan tetapi orang still sangsi sama lu. Lu dah jadi role model dan jugak idola kepada anak-anak muda sekarang nih. Mungkin ini kesilapan Apex, so lepas mintak lebih berhati-hati dan berubah la sikap tu kalau nak orang ramai sanjung dan respek sama lu. Kawe nih pon peminat lu tapi bila jadi macam nih makin lama makin kureng 'kerespekan' kawe kat lu. Dulu elok-elok tunang dengan elia, ko gedik nak cari yang seksi meksi nih. Ingat Apek, duniawi je semua tu. Sedap tul kawe duk menasihat Apex. haha. Nasihat ini jugak untuk diri kawe dan jugak untuk orang yang sudi baca blog ini. kat bawah nih petikan dimana Apek ditegur oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed. cek kit daout.

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga gol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.




Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu. 

kredit to: myMetro 
artikel sebelum nih : tekan sini

so Apex, hope lepas nih tiada lagi kontroversi yang bisa menganggu gugat karier dan jugak pretasi  sebagai penjaga gol terulung negara. Yeah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang